Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Rapid Rail mengesahkan seorang suspek gangguan seksual berjaya ditahan dalam tempoh kurang 24 jam oleh Polis Bantuan Prasarana selepas laporan diterima, dengan siasatan awal mendapati suspek turut dipercayai terlibat dalam satu lagi kes di stesen berbeza.
Transcript
00:00Rapid Rail Senyamberhat mengesahkan seorang suspek kes gangguan seksual berjaya ditahan dengan bantuan pasukan polis bantuan prasarana dalam tempoh kurang
00:0924 jam.
00:10Dalam kenyataan media pada Sabtu, Rapid Rail memaklumkan suspek seorang warga asing berusia lingkungan 19 tahun ditahan susulan operasi mengesan
00:19individu berkenaan selepas laporan saksi diterima pada 8 April lalu.
00:25Laporan tersebut mendakwa seorang lelaki telah mengganggu seorang penumpang wanita di dalam tren laluan Kelana Jaya.
00:32Sesatan awal turut mendapati suspek yang ditahan dipercayai terlibat dalam satu lagi kes gangguan seksual di stesen Kucai laluan Putrajaya.
00:40Menurut kenyataan itu, tindakan pantas polis bantuan prasarana dalam mengesan dan menahan suspek mencerminkan tahap kesiapsiagaan serta kecekapan pasukan dalam
00:48memastikan keselamatan pengguna pengangkutan awam.
00:51Suspek telah dibawa ke Balai Polis Seri Petaling untuk tindakan lanjut dan pihak Rapid Rail akan memberikan kerjasama penuh kepada
00:57polis di Raja Malaysia bagi membantu proses sesatan.
01:00Dalam masa sama, Rapid Rail menyeru orang ramai agar segera melaporkan sebarang insiden gangguan kepada petugas stesen atau anggota polis
01:07bantuan bagi memastikan tindakan pantas dapat diambil.
Comments

Recommended