Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Seorang pegawai Tentera Laut berkata USS George H.W. Bush dan kapal pengiringnya telah berlepas dari negeri Virginia menuju Asia Barat pada akhir Mac dan kini berada di Lautan Atlantik.
Transcript
00:00Bertemu kembali, pasukan tentera Amerika Syarikat sedia berada di Asia Barat jika operasi diperlukan ketika wakil Amerika dan Iran sedang
00:08melakukan rundingan di Pakistan.
00:11Data penjejakan penerbangan terkini dan seorang pegawai Amerika menunjukkan jet pejuang dan pesawat serangan telah tiba di rantau bergolak.
00:20Memetik The Wall Street Journal, pegawai itu berkata antara 1,500 hingga 2,000 anggota daripada Divisien Udara ke-82
00:27Tentera Darat mungkin tiba dalam tempoh beberapa hari.
00:30Pada masa sama, ribuan anggota tentera laut dan marin juga sedang menuju ke rantau tersebut.
00:35USS George H.W. Bush dan kapal pengiringnya didakwa telah berlepas dari negeri Virginia menuju Asia Barat pada akhir Mac
00:43dan kini berada di lautan Atlantik.
00:45Selain itu, laporan itu menyebut USS Boxer dan kapal perang pengiring yang membawa unit ekspedisi Marine ke-11 berlepas dari
00:53California pada pertengahan Mac dan kini berada di lautan Pasifik.
00:57Semua kapal perang dicangka mengambil masa lebih seminggu untuk tiba.
Comments

Recommended