00:00Kerajaan perlu segera mencari sumber bahan api alternatif bagi mengelakkan gangguan bekalan dalam sektor pembuatan dan kesihatan.
00:07Menteri Ekonomi Akmal Nasli berkata, konflik Asia Barat dijangka mengakibatkan harga ubat-ubatan meningkat antara 30 hingga 40% dan
00:15beberapa peranti perubatan sehingga 100%.
00:20Katanya Malaysia dijangka berdepan tempoh kritikal pada Jun dan Julai di mana negara perlu memastikan keterjaminan bekalan bahan api bagi
00:28keperluan industri.
00:30Jadi sebab itu langkah-langkah intervensi yang perlu diambil dari sekarang adalah pertama untuk terus mencari ruang untuk menjamin bekalan
00:38itu ada dan yang kedua sekiranya ada keperluan mencari jalan alternatif.
00:44Contohnya sebab itu dari segi pembuatan medical device yang kita nyatakan sebelum ini, kalau sebelum ini hanya bergandung kepada resin,
00:54why not we explore polymer untuk mencari polymer punya base.
00:58Dan cuma perkara ini memerlukan beberapa tindakan susulan yang segera di peringkat kerajaan.
01:04Maka sebab itu bila kita nyatakan kena bersedia untuk bulan Jun dan Julai itu, intervensi itu perlu dibuat daripada sekarang.
01:13Akmal menambah peranti perubatan yang menggunakan bahan baru seperti polymer perlu mendapatkan pensijilan dan pengiktirafan bagi memastikan ia dapat digunakan
01:22dalam sektor kesihatan negara.
01:24Pada Jumaat, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Zulkifli Ahmad berkata, pihaknya sedang memantau kenaikan harga ubat-ubatan dan peranti kesihatan
01:31sesulan krisis tenaga dan rantaian bekalan di peringkat global.
Comments