00:00Seterusnya, kerajaan akan meneruskan usaha operasi pembenhian awan secara berperingkat bagi meningkatkan paras air di beberapa empangan khususnya di kawasan
00:08selatan tanah air.
00:10Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zaid Hamidi, ia susulan pelaksanaan awal operasi itu yang dilakukan di Melaka
00:17semalam kurang memberangsangkan.
00:21Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, susulan itu pihak berkaitan akan melaksanakan percubaan kali kedua dan ketiga
00:29sehingga objektif meningkatkan jumlah air di empangan dapat dicapai.
00:34Kalau tidak berjaya dua kali, kita akan lakukan hingga keperluan air di negeri Melaka ini akan dapat dipenuhi.
00:41Dan kita tahu bahawa bekalan yang sekarang dibekalkan daripada Sungai Grisik.
00:49Sungai Grisik?
00:50Sungai Grisik, ya. Jadi kita akan membantu kerajaan Melaka dari segi bekalan itu biar datang daripada Melaka sendiri, ya. InsyaAllah.
00:59Untuk di tempat lain, di negeri selatan?
01:01Kita telah mulakan. Kita telah mulakan di Johor juga, ya. Selain daripada Melaka.
01:07Tetapi untuk utara, Perlis, Kedah dan Firat Utara telah berjaya sepenuhnya.
01:13Dr. Ahmad Zaid berkata peraksanaan operasi itu melibatkan kerjasama beberapa agensi, termasuk Tentera Udara di Raja Malaysia, Agensi Pengurusan Bencana
01:21Negara dan Agensi Pelaksana Berkaitan.
01:24Jelasnya usaha berkenaan penting bagi membantu kerajaan Melaka mengurangkan kebergantungan kepada sumber air luar, seperti Sungai Grisik di Muar Johor,
01:32selain memastikan bekalan air tempatan lebih stabil.
01:35Dalam pada itu, beliau maklumkan operasi pembenihan awan bukan sahaja dilaksanakan di Melaka, malah turut dimulakan di Johor, sesulang kejayaan
01:43di beberapa negeri lain termasuk Perlis, Kedah dan Utara Perak.
01:47Katanya di negeri-negeri itu, pihaknya melihat peningkatan taburan hujan antara 3.5mm hingga 10mm di kawasan yang disasarkan dan
01:57hasilnya berlaku peningkatan paras air di empangan-empangan terlibat.
02:01Beliau ditemui selepas menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri Ahli Dewan Undangan Negeri Adun Duyong, Datuk Mohd Nur Helmi Abdul Halim
02:08di Stadium Tun Fatimah Bukit Serindik di Duyong malam jemaat.
Comments