00:00Malaysia sedang menunggu keputusan pertubuhan bangsa-bangsa bersatu PBB berhubung semakan semula terma penugasan pasukan interim PBB di Lubnan Unifil
00:09yang disertai oleh Batalion Malaysia Malbat 8513.
00:15Menteri Pertahanan Datuk Seri Khalid Nordin berkata peperangan yang sedang berlaku di Lubnan bermakna peranan Unifil dan Malbat sudah berubah
00:23dari mandat sebenarnya selaku pasukan pengaman.
00:27Katanya keupayaan dan kelengkapan pasukan Malbat tidak sesuai untuk operasi peperangan aktif.
00:33Apabila kita menghantar pasukan kita menyertai Unifil di Lebanon, tujuannya ialah sebagai pasukan pengaman antara pihak-pihak yang bertelagah iaitu
00:46Israel dan Hezbollah supaya tidak meneruskan peperangan.
00:51Tetapi hari ini keadaan telah bertukar. Mereka berperang antara satu dengan yang lain dan ia bukannya mandat yang diberikan kepada
01:01pasukan Malbat ataupun pasukan-pasukan lain yang menyertai United Nations Force in Lebanon.
01:09UNIFIL, United Nations International Force in Lebanon.
01:14Jadi Malbat Malaysia Battalion.
01:17Itu bukannya mandat yang diberikan.
01:21Mandat yang diberikan kepada kita ialah sebagai pasukan pengaman.
01:25Dengan demikian senjata-senjata yang kita bawa hanya sebagai pasukan pengaman.
01:29Bukan sebagai satu pasukan yang mempunyai kekuatan senjata yang terkesan di tengah-tengah satu peperangan.
01:42Bagaimanapun katanya, keputusan untuk mengekal atau menamatkan penugasan pasukan itu akan ditentukan secara bersama oleh negara dan PBB.
01:51Ketika ini, kira-kira 600 anggota termasuk pegawai dari Brunei bertugas di dalam pasukan tersebut.
01:56Khalid berkata keselamatan pasukan itu kini dipertingkatkan termasuk menghentikan sementara rondaan luar dan mengekalkan anggota di dalam bangka.
02:07Sebanyak 141 petugas haji terdiri daripada kakitangan tabung haji dan Kementerian Kesihatan Berlepas ke Arab Saudi hari ini
02:15untuk melaksanakan persiapan operasi haji musim 1447 Hijrah 2026 Masihi.
02:22Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama Dr. Zulkifli Hassan berkata
02:26petugas haji itu merupakan pasukan awal pertama bagi membuat persiapan sebelum ketibaan 31,600 bakal jemaah.
02:36Pasukan awal pertama petugas haji itu melibatkan 61 petugas rombongan kebajikan dan 80 petugas rombongan perubatan.
02:44Pasukan kedua, 107 orang akan berlepas pada 15 April ini.
02:49Beliau berkata tahun ini TH telah membuat persiapan yang mantap dari segi latihan, pimpinan dan kursus.
02:55Pasukan TH daripada pelbagai latar belakang, kepakaran dan pengalaman inilah yang membentuk satu pasukan yang kuat
03:01dan mampu memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada jemaah haji negara.
03:05Penerbangan pertama jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci dijadwalkan bermula pada 18 April ini,
03:11manakala penerbangan terakhir pada 20 Mei.
03:14Hari wukuf yang juga kemuncak ibadah haji dijangka jatuh pada 26 Mei.
03:19100 penerbangan sewa khas digunakan untuk membawa ke semua jemaah haji Malaysia
03:24yang melibatkan syarikat penerbangan amal by Malaysia Airlines Berhad dan Saudia Airlines.
Comments