Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sánchez menggesa Eropah bertindak segera bagi menghalang Lubnan daripada menjadi ‘Gaza baharu’, sambil mengecam pelanggaran undang‑undang kemanusiaan antarabangsa. Sánchez turut mengulangi seruan agar Kesatuan Eropah menggantung perjanjian kerjasama dengan Israel.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sanchez menggesa Eropah bertindak segera bagi menghalang Lubnan daripada menjadi Gaza yang baru.
00:08Berucap pada Forum European Paus di Barcelona pada Jumaat, Sanchez mengkritik apa yang disifatkannya sebagai pelanggaran ketara Undang-Undang Kemanusiaan
00:16Antarabangsa di rantau tersebut.
00:41Dalam ucapannya itu, Sanchez turut mengulangi gesaan supaya Kesatuan Eropah-EU menggantung perjanjian kerjasama dengan Israel.
00:49Beliau menegaskan bahawa beberapa peruntukan perjanjian tersebut, khususnya berkaitan penghormatan terhadap Undang-Undang Antarabangsa dan Kemanusiaan, didakwa telah dicabuli.
01:00Menurut beliau, tindak balas EU terhadap perkembangan di Asia Barat perlu seiring dengan prinsip yang dipegang dalam konflik lain, termasuk
01:07sokongan terhadap Ukraine bagi mengelakkan persepsi pendirian berkembar dalam dasar luar Eropah.
01:13Pedro Sanchez dilihat sebagai antara pengkritik paling lantang di Eropah terhadap tindakan ketenteraan Israel di rantau itu dengan berulang kali
01:21menekankan keperluan gencetak sejata, perlindungan orang awam dan pematuhan Undang-Undang Antarabangsa.
01:27Kenyataannya itu dibuat ketika ketegangan antara Israel dan Lubnan meningkat, mencetus kebimbangan berlakunya perluasan konflik serantau yang lebih besar.
01:36Terima kasih.
Comments

Recommended