Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Ahad ini, dunia kewartawanan dan sastera negara bersatu menaikkan tirai Malam Legasi Adibah Amin.

Menghormati tokoh wartawan negara pertama wanita, yang sepanjang hayatnya menulis Malaysia dengan empati, keberanian dan kejujuran.

Namun di sebalik nama besar itu, ada kisah seorang insan … yang kini uzur, tetapi fikirannya masih hidup melalui legasi kata dan nilai.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Ahad ini, dunia kewartawanan dan sastra negara bersatu menaikkan tirai malam legasi Adibah Amin.
00:07Menghormati tokoh wartawan negara pertama wanita yang sepanjang hayatnya menulis dengan penuh empati, keberanian dan kejujuran.
00:18Namun, di sebalik nama besar itu ada kisah seorang insan yang kini uzur tetapi fikirannya masih hidup melalui legasi kata
00:25dan nilai.
00:31Nama Adibah Amin terpahat sebagai antara tokoh yang paling berpengaruh dalam sejarah media tanah air.
00:40Dia memulakan kerjaya kewartawanan pada era 1970-an.
00:44Satu tempoh yang mencabar ketika landscape politik negara sedang membentuk arah dan ruang media tidak semudah hari ini.
00:55Adibah kemudian mencipta sejarah sebagai editor wanita pertama berita harian.
01:00Satu pencapaian yang bukan sekadar simbol tetapi bukti keupayaan, ketegasan dan kepercayaan terhadap merit.
01:08Melalui kolom As I Was Passing, Adibah menulis tentang Malaysia dari sudut yang jarang diberi perhatian.
01:14Manusia biasa, kehidupan seharian, hubungan antara kaum dengan nada jujur dan berperi kemanusiaan.
01:22Dan yang saya ingat, dia ini suka membaca dan menulis. Saya masih kecil lagi.
01:27Masa saya masih lagi main kat luar, berlari-lari, makan buah-buah yang apa tak tahulah namanya kan yang di
01:36luar itu.
01:36Dia duduk kat meja makan, menulis.
01:40Sebagai wartawan, Adibah Amin tidak pernah menulis untuk dipuji.
01:44Beliau dikenali sebagai wartawan yang berani bertanya.
01:47Tidak gentar berdepan individu berjawatan tinggi dan tidak tunduk kepada tekanan.
01:52Sama ada politik maupun birokrasi.
01:55Pada zaman ketika wartawan wanita sering dipandang sebelah mata, Adibah memilih untuk menjawab cabaran itu melalui kualiti kerja dan integriti
02:04profesional.
02:05Dia rasa dia boleh buat kan.
02:07Tak kira lah.
02:08Lelaki perempuan kan, siapa yang boleh buat, buat.
02:11Tapi banyak orang yang degi.
02:13Banyak orang nak jawatan dia.
02:15Di berita harian, di stress times pula, orang fikir orang Melayu tak boleh menulis bahasa Inggeris.
02:21Masa itu banyak.
02:23Tapi dia macam tak pedulikanlah orang macam itu, dia teruskan kerja.
02:30Dalam dunia kewartawanan yang ketika itu dikuasai lelaki, kejayaan Adibah Amin bukan hasil keistimewaan.
02:37Tetapi hasil disiplin dan kecegalan.
02:40Beliau tidak menuntut ruang kerana jantina.
02:42Sebaliknya memaksa ruang itu dibuka melalui kemampuan dan keberanian.
02:48Hormat yang diterima Adibah bukan kerana beliau wanita.
02:52Tetapi kerana beliau seorang wartawan yang tegas pada prinsip.
02:55Masa dia jadi wartawan, dia kena tekanan darah tinggi, high blood pressure.
03:05Doktor kata tak boleh macam ni, banyak sangat buat kerja.
03:10Tapi dia suka buat kerja tu dan tak berhenti-berhenti.
03:15Masa tu anak dia seorang je, masa tu anak dia dah besar sikit lah.
03:21Tapi dia ni saya kata workaholic.
03:29Kini, pada usia 90 tahun, Adibah Amin memerlukan penjagaan sepenuh masa.
03:38Malam legasi Adibah Amin dianjurkan bukan sekadar mengenang jasa seorang tokoh.
03:42Tapi sebagai usaha menyokong kelangsungan hidup insan yang telah terlalu banyak menyumbang kepada bangsa dan negara.
03:48Ia juga berfungsi sebagai peringatan bahawa wartawan dan penulis berintegriti perlu dihargai
03:55bukan hanya melalui anugerah, tetapi juga melalui sokongan ketika mereka paling memerlukan.
04:01Dengan Tuan Mahathir, dia berani.
04:09Masa operasi lalang, bukan Chandran Muzaffar kena tangkap.
04:13Dia pergi jumpa Tuan Mahathir, pergi rumah.
04:15Dia kata kenapa tangkap orang tu, orang terjalan pun pakai tongkat.
04:20Takkanlah dia tu membahaya, dia lepaskan tak.
04:24Dia pergi rumah ke dalam menteri.
04:26Dia pergi, dia tak takut.
04:28Tapi nasib baik orang beri dia masuk.
04:31Sebab dia nak memperjuangkan orang yang tak bersalah.
04:37Legasi Adibah Amin tidak terletak pada jawatan, bangkat maupun pengiktirafan semata-mata.
04:44Sebaliknya pada nilai yang ditinggalkan.
04:47Keberanian bersuara.
04:48Kejujuran menulis.
04:50Dan keupayaan melihat Malaysia sebagai sebuah masyarakat yang terbagai,
04:54tetapi mampu bersatu.
04:59Terima kasih telah menonton!
05:01Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended