Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Mohammed Wishah, koresponden Al Jazeera Mubasher di Gaza, terbunuh pada Rabu (8 April) apabila serangan tersebut mengenai kereta yang dinaikinya di Jalan al‑Rashid, sebuah jalan utama di pesisir pantai yang terletak di barat Kota Gaza.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seorang lagi petugas media gugur dalam serangan rejim Zionis di semenanjung Gaza.
00:06Wartawan Al-Jazeera Mohamad Wasyah terkorban dalam satu serangan brun Israel.
00:11Serangan mengenai kereta dinaiki koresponden Al-Jazeera Mubashir di jalan Al-Rashid,
00:17sebuah jalan utama di pesisir pantai di barat kota Gaza.
00:22Dalam satu kenyataan, rangkaian media Al-Jazeera mengutuk sekeras-kerasnya
00:27jenayah kejam menyasarkan dan membunuh Mohamad.
00:30Jelas kenyataan yang sama.
00:32Tindakan itu satu lagi pelanggaran jelas terhadap semua undang-undang dan norma antarabangsa.
00:37Serta mencerminkan dasar sistematik yang berterusan untuk menyasarkan wartawan
00:41dan membungkam suara kebenaran.
00:44Dalam pada itu, pejabat media kerajaan Gaza memaklumkan tentera Israel
00:48melakukan kira-kira 2,000 pelanggaran sejak gencatan senjata tersebut berkuat kuasa.
00:52Kata pejabat itu lagi, pembunuhan Mohamad adalah contoh kepada penyasaran
00:57dan pembunuhan secara sistematik terhadap wartawan Palestine oleh Israel.
01:02Israel menyasarkan wartawan di semenanjung Gaza sejak permulaan perang genocide
01:07terhadap rakyat Palestine di Gaza pada Oktober 2023.
01:11Menurut pejabat media kerajaan Gaza, sekurang-kurangnya 262 wartawan terbunuh
01:16akibat serangan Israel di Gaza sejak tempoh tersebut.
Comments

Recommended