Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Presiden Prabowo Subianto berkata langkah itu mencerminkan komitmen kerajaan untuk melindungi rakyat, selagi tiada perubahan dasar oleh Arab Saudi.
Transcript
00:00Indonesia menetapkan kos menunaikan haji bagi 2026 lebih rendah, kira-kira 2 juta rupiah atau bersamaan 465.85 ringgit bagi
00:11setiap jemaah, meskipun harga bahan api penerbangan meningkat.
00:14Langkah itu sebagai sebahagian daripada usaha mengurangkan beban kewangan golongan berpendapatan rendah.
00:21Presiden Prabowo Subianto berkata langkah itu mencerminkan komitmen kerajaan untuk melindungi rakyat selagi tiada perubahan dasar oleh Arab Saudi.
00:31Kerajaan dan Dewan Perwakilan sebelum ini bersetuju bahawa kos pengurusan ibadah haji atau BPIH bagi 2026 dikurangkan sebanyak 2 juta
00:41rupiah.
00:41Ini menjadikan jumlah keseluruhan sekitar 87.4 juta rupiah atau kira-kira 20.3 ribu ringgit bagi setiap jemaah.
00:52Prabowo turut menyentuh penambahbaikan tempoh menunggu berdasarkan laporan terbaharu yang diterima kerajaan yang mana tempoh menunggu tidak lagi mencecah 48
01:01tahun.
01:01Katanya bermula 2026 tempoh menunggu paling lama diunjukkan sekitar 26 tahun dan kerajaan akan terus berusaha untuk memindikkannya lagi.
01:13Prabowo berkata Indonesia juga telah memohon kelulusan pihak berkuasa Arab Saudi membangunkan terminal haji khusus bagi mempercepat urusan keluar masuk
01:22jemaah Indonesia.
01:23Beliau berkata Garuda Indonesia dan dana kekayaan negara dan antara turut diarahkan supaya mendekati Saudi Airlines bagi mewujudkan usaha sama
01:33dengan struktur pegangan 50-50 antara pihak Indonesia dan Arab Saudi untuk mengoptimumkan penggunaan penerbangan.
Comments

Recommended