Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
KPWKM menunggu pengesahan kesihatan 13 individu, termasuk lapan kanak-kanak, selepas diselamatkan dari rumah kosong di Kuching, bagi mengelak risiko jangkitan sebelum tindakan lanjut dan penempatan ditentukan.
Transcript
00:00Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang menunggu status kesehatan 13 individu termasuk 8 kanak-kanak yang menceroboh masuk kediaman
00:10kosong yang disita milik Perbadanan Pembangunan Perumahan Sarawak di Batu 13 Kucing.
00:15Ia selepas kesemua kanak-kanak berkenaan, disyaki, dijangkiti penyakit tuberculosis atau TB dan kini sedang dipantau rapi oleh Pasukan Perubatan
00:24Hospital Umum Sarawak.
00:25Menterinya, Datuk Seri Nancy Syukri berkata langkah itu diambil sebelum meneruskan sebarang tindakan lanjut bagi mengelakkan sebarang risiko penularan jangkitan.
01:16Nancy berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Sinergi Kasih Wanita di Kucing pada Khamis.
01:23Tambahnya, kesemua kanak-kanak itu dijangka hanya boleh dibenarkan keluar hospital selewat-lewatnya penghujung April ini sebelum perintah sementara dibuat
01:31oleh mahkamah untuk menentukan penempatan mereka.
01:35Katanya jika status mereka sihat, dua kanak-kanak lelaki masing-masing berusia 15 dan 11 tahun akan ditempatkan di rumah
01:42kanak-kanak Datuk Ajibah Abul di Seri Aman.
01:46Manakala, lima kanak-kanak bawah 10 tahun bersama-sama seorang bayi perempuan berusia sekitar 3 bulan akan ditempatkan di rumah
01:53kanak-kanak Tuh Puan Hajah Nurkiah di Kucing.
01:57Katanya, JKM juga membantu ibu bapa kanak-kanak terbabit melengkapkan proses pendaftaran sijil kelahiran dua daripada kanak-kanak itu yang
02:05tidak mempunyai dokumen berkenaan.
02:06Pada masa yang sama, lima dewasa termasuk ibu bapa dan ahli keluarga turut menerima rawatan serta pemantauan lanjut dan akan
02:14ditempatkan sementara di Anjung Singgah Kucing sebelum dipindahkan ke kediaman sewaan mampu milik.
02:21Ahad lalu, Pejabat Kebajikan Masyarakat Kucing menerusi pasukan pelindungnya telah menyelamatkan kumpulan individu berkenaan yang ditemui dalam keadaan tidak terurus
02:29tanpa bekalan air bersih dan elektrik, dipercayai selama lebih 3 bulan.
02:34Difahamkan keluarga yang berstatus gelandangan ini berasal dari Song, Kapit.
Comments

Recommended