Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Transcript
00:10Seorang guru sekolah swasta maut di Glace Trayla dalam kemalangan tiga kenderaan di lebuh raya lingkaran penyuraian prafik kajang silk
00:17menghala kesemenyih pada petang rabu.
00:21Seorang remaja lelaki warga Indonesia dijatuhkan hukuman penjara oleh Mahkamah Tinggi Tawau selepas didapati bersalah membunuh kekasihnya di sebuah ladang
00:30kelapa sawit di Kalabakan tiga tahun lalu.
00:34Seorang bekas ketua pegawai eksekutif Badan Berkanun dan seorang pengerusi syarikat pegangan direman empat hari hingga 12 April bagi siasatan
00:42kes saham mencurigakan.
00:45Krisis tenaga global yang berlaku susulan perang antara Israel, Amerika Syarikat dan Iran mungkin mengambil masa tiga hingga lima tahun
00:53untuk pulih, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
00:58Kementerian Pengangkutan menggalakkan syarikat e-hailing memperluaskan konsep kapul bagi memberikan pilihan kepada pengguna sekaligus membantu mengurangkan kos bahan api.
01:10Kumpulan Bank Dunia menaikkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia 2026 kepada 4.4% daripada 4.1% mengambil kira permintaan
01:19domestik yang berdaya tahan.
01:23Presiden Amerika Syarikat Donald Trump memberi bayangan pasukan tentera Amerika akan terus mengepung Iran untuk memastikan Teheran mematuhi gencatan senjata.
01:33Indonesia menetapkan kos menunaikan haji bagi 2026 lebih rendah kira-kira 2 juta rupiah atau bersamaan 465 ringgit 85 sen
01:43bagi setiap jemaah.
01:46Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis akhirnya dibuka semula pada Khamis selepas 40 hari ditutup pihak berkuasa Israel.
01:56Mahkamah Agong Rusia mengharamkan Memorial, sebuah organisasi hak asasi manusia yang pernah memenangi hadiah keamanan Nobel.
Comments

Recommended