00:00Saman fitnah yang difailkan oleh Datuk Seri Dr. Zulkifri Ahmad terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan nepotisma akhirnya
00:09selesai pada Khamis di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
00:12Penyelesaian itu dimaklumkan Peguam Tan Sri Muhammad Syafiee Abdullah yang mewakili Najib kepada Hakim Mahazan Mat Taib selepas kedua-dua
00:21pihak mencapai persetujuan.
00:25Dalam proseding, Najib membacakan satu kenyataan yang antara lain mengakui bahawa Dr. Zulkifri tidak terlibat dalam pelantikan anak perempuannya ke
00:34dalam Lembaga Pengarah AIM Solutions Group Berhad serta Lembaga Pemegang Amanah Ihtiar Malaysia.
00:39Najib turut menjelaskan hantaran Facebook berkenaan tidak bertujuan untuk memfitnah. Sebaliknya merupakan komentar politik umum berkaitan isu tatbil urus dan
00:47persepsi dui standar dalam kalangan parti politik.
00:50Sejurus kenyataan itu dibacakan, Peguam Dr. Zulkifri Stanley Sebastian Sinapen memaklumkan mahkamah bahawa tiada lagi relief akan dipohon dan kes
00:59tidak akan diteruskan.
01:00Hakim Mahazan Mat Taib turut merakamkan penghargaan kepada kedua-dua pihak kerana berjaya menyelesaikan pertikaian secara baik sambil menegaskan kepentingan
01:08menjimatkan masa mahkamah sebagai sumber awam.
01:11Kes itu difalkan pada Disember 2021. Susulan hantaran Facebook Najib yang didakwa mengaitkan Dr. Zulkifri dengan amalan nepotisma.
01:19Namun akhirnya ditamatkan secara persetujuan bersama selepas perbicaraan bermula minggu ini.
Comments