00:00Ekspor minyak mentah dari enam negara Arab merosot ketara daripada 469 juta tong pada Februari kepada 263 juta tong pada
00:12Mac dengan kehilangan lebih 200 juta tong.
00:16Penurunan itu melibatkan Arab Saudi, Irak, Kuwait, Qatar, Emirah Arab Bersatu dan Oman dengan Arab Saudi dan Irak mencatat kejatuhan
00:27paling besar.
00:28Penurunan paling besar berlaku di Arab Saudi daripada 202 juta tong kepada 133 juta tong.
00:37Irak turun daripada 94 juta tong kepada 17 juta tong manakala Kuwait dan Qatar masing-masing menurun kepada 9 dan
00:486 juta tong.
00:49Hanya Oman menunjukkan peningkatan kecil daripada 25 juta tong kepada 29 juta tong.
00:56Secara keseluruhannya, pengurungan 206 juta tong ekspor minyak mentah dalam tempoh sebulan antara Februari dan Mac.
01:09Baiklah, untuk kita memahami sebanyak mana 206 juta tong minyak mentah, ini mungkin gambaran yang paling sesuai untuk kita mudah
01:19faham.
01:20206 juta tong minyak mentah boleh memenuhi secara kasarnya sebanyak 103 buah kapal tangki besar VLC dengan kapasiti 2 juta
01:31tong di setiap kapal berkenaan.
01:34Jadi, berapa nilai 206 juta minyak mentah ini?
01:38Begini, untuk mudah kita fahami, kita bahagikan kepada 3 harga.
01:44Jika harga setong ialah 80 dolar Amerika, maka 206 juta tong bersamaan 16.4 bilion dolar.
01:54Jika harganya setong mencecah 100 dolar, maka jumlah 206 juta tong minyak itu ialah sebanyak 20.6 bilion dolar.
02:06Dan jika harga setong mencecah paras setinggi ketika konflik Asia Barat iaitu 122 setong, maka jumlahnya ialah 24.7 bilion
02:17dolar.
Comments