00:00Hari ini, hari besar untuk keamanan dunia.
00:04Itulah kata-kata Presiden Amerika Syarikat Donald Trump
00:07susulan perjanjian gejatan senjata dua minggu bersama Iran.
00:12Menerusi hantaran dalam platform True Social, Trump berkata
00:16perkembangan itu berpotensi membuka lembaran baharu
00:19ke arah kestabilan di Asia Barat.
00:23Trump dalam hal itu menyatakan Amerika Syarikat
00:26akan membantu menguruskan kesesakan lalu lintas
00:29di Selat Hormuz.
00:31Katanya Iran juga kini boleh memulakan proses
00:34pembinaan semula selepas persetujuan gejatan senjata dimeterai.
00:39Sebelum ini, Amerika Syarikat menegaskan
00:41kononnya telah mencapai kemenangan sepenuhnya
00:44dan menyeluruh dalam konflik dengan Iran.
00:51Kenyataan itu dibuat ketika Trump terus menegaskan
00:54bahawa objektif Washington dalam konflik berkenaan
00:57telah berjaya dicapai.
00:59Perjanjian gejatan senjata itu dilihat sebagai langkah sementara
01:03untuk meredakan ketegangan namun masa depan keamanan jangka panjang itu
01:08di rantau itu masih menjadi perhatian dunia.
Comments