00:00Satu perselesaian faham antara abang dan adik berlarutan sehingga menyebabkan kedua-duanya cedera dalam satu kejadian di Taman Air Mawang,
00:07Kuala Pilah pada Khamis.
00:08Menurut Ketua Polis Daerah, Kuala Pilah, Superintender Mahmud Mustafa Hussein, polis menerima panggilan mengenai kejadian itu pada kira-kira jam
00:153.49 petang.
00:17Tambah beliau, maklumat awal diperoleh melalui panggilan orang awam yang melaporkan berlaku pergaduhan di sebuah rumah di Taman Perumahan Berkenaan.
00:26Jelas Mustafa, siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada perselesaian faham melibatkan ahli keluarga berhubung urusan pribadi.
00:36Menurutnya, mangsa seorang lelaki berusia 27 tahun telah mengunjungi rumah keluarganya sebelum tercetus pertengkaran yang kemudiannya bertukar menjadi pergaduhan.
00:47Susulan itu, abang mangsa telah datang ke lokasi kejadian dengan membawa sebilah parang dan bertindak menyerang mangsa sehingga berlaku pergelutan
00:56antara mereka.
00:58Pergaduhan tersebut sekaligus mengakibatkan kedua-dua individu cedera.
01:02Mangsa mengalami kecederaan di pergelangan tangan kiri dan kini menerima rawatan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah.
01:10Manakala suspek yang juga abang kepada mangsa mengalami kecederaan ringan di bahagian tangan dan telah menerima rawatan sebagai pesakit luar.
01:18Sehubungan itu, suspek telah ditahan bagi membantu siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan
01:27sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan senjata.
01:30Dalam pada itu, polis turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.
01:38Mustafa turut menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian.
01:42Diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah di talian 06-484-2999
01:52atau menghubungi pegawai penyiasat jenayah Inspektor Supia Ishak di talian 019-993-3978.
Comments