Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan secara peribadi mencadangkan syarikat nasional, PETRONAS menambah pemberian dividen kepada kerajaan bagi membantu menampung peningkatan kos subsidi bahan api ketika ini.
Transcript
00:00Sementara itu, Datuk Seri Ahmad Maslan secara yang juga Ahli Parlimen mencadangkan Syarikat Nasional Petronas menambah pemberian dividen kepada kerajaan
00:09bagi membantu menampung peningkatan kos subsidi bahan api pada ketika ini.
00:14Katanya walaupun Syarikat Petroleum Nasional itu merekodkan keuntungan bersih sekitar RM45 bilion pada 2025,
00:20jumlah dividen yang disalurkan kepada kerajaan bagi tahun ini menurun kepada RM20 bilion berbanding RM32 bilion sebelumnya.
00:30dividen Petronas kepada kerajaan RM2025, RM32 bilion, RM2026, RM20 bilion.
00:38Jadi oleh kerana keuntungan bersih RM45.4 bilion, dividen yang dibagi cuma RM20 bilion.
00:47Oleh itu saya mencadangkan minima bagilah lagi RM5 bilion.
00:52Logik atau tak ya? Logik.
00:55Beli-beli lagi apabila harga minyak naik, tentu pendapatan kumpulan itu meningkat.
01:01Walaupun mereka kata kos meningkat, tapi pada saya ada lagi baki-baki itu.
01:08Bukan kerajaan nak buang-buang ya, tetapi adalah untuk memberikan insentif lagi ya.
01:17Meneruskan subsidi RM1.99, RM1.95, RM2.15 diesel untuk Sabah Sarawak dan juga Budi Diesel.
01:29Semenanjung pun RM2.15, Budi Diesel.
01:33Ahmad yang juga bekas timbalan Menteri Kewangan menegaskan cadangan itu dibuat berdasarkan keperluan semasa kerajaan
01:40yang berdepan kekangan fiskal.
01:43Beliau berkata demikian pada sidang media ketika membuat lawatan kerja rasmi ke Pejabat CIDB Sarawak
01:49di Petrajaya Kucing pada Rabu.
Comments

Recommended