Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Ketua Pegawai Eksekutif Air India, Campbell Wilson, dilaporkan meletakkan jawatan susulan tekanan berterusan akibat kerugian syarikat dan penelitian ketat pihak berkuasa.
Transcript
00:00Ketua Pegawai Eksekutif Air India Campbell Wilson yang dilaporkan meletakkan jawatan susulan tekanan berterusan akibat kerugian syarikat dan penelitian ketat
00:09pihak berkuasa.
00:11Menurut Reuters, tekan jawatan itu berlaku ketika syarikat penerbangan tersebut masih bergelut dengan prestasi keuangan yang lemah selain berdepan isu
00:19keselamatan selepas insiden nahas tahun lalu yang mengorbankan 260 nyawa.
00:27Perkembangan ini turut hadir hanya beberapa hari selepas pesaing utama iaitu Indigo melantik tokoh industri penerbangan iaitu Willy Walsh sebagai
00:36Ketua Pegawai Eksekutif Baru.
00:38Kedua-dua syarikat penerbangan terbesar di India kini berdepan tekanan bagi menangani krisis industri yang semakin meruncing, didorong konflik di
00:46Asia Barat serta cabaran operasi domestik.
00:48Sebelum ini, lembaga pengarah Air India dilaporkan sedang mencari pengganti kepada Wilson yang menyertai syarikat itu pada tahun 2022 selepas
00:58berkhidmat dengan Singapore Airlines.
01:00Dalam tempoh perkhidmatannya, Wilson mengetuai usaha pemulihan syarikat termasuk menaik taraf Jabatan Kejuruteraan dan membaik pulih pesawat walaupun berdepan gangguan
01:11rantaian bekalan global.
01:12Wilson yang sepatutnya menamatkan kontraknya pada tahun 2027 kini menjalani tempoh notis selama enam bulan dari jangka kekal sehingga pengganti
01:22dilantik.
01:23Bagaimanapun, Air India setakat ini masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung perletakan jawatan tersebut.
Comments

Recommended