Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan sembilan negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang dijangka berterusan sehingga jam 6 petang ini.
Transcript
00:00Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan sembilan negeri di Semenanjung Sabah dan Sarawak
00:10yang dijangka berterusan sehingga jam 6 petang ini.
00:14Menurut kenyataan, MED Malaysia antara negeri yang terjejas termasuk Perlis serta beberapa kawasan di Kedah iaitu Kubang Pasu, Padang Terap,
00:22Kulim dan Bandar Baharu.
00:27Di perak kawasan yang dijangka terlibat adalah Larut, Matang, Selama, Kuala Kangsa, Kinta, Kampar, Batang Padang serta Mualim.
00:36Selain itu, di Pahang, amaran melibatkan Cameron Highlands, Lipis, Jerantut, Bentung, Maran, Kuantan dan Rompin.
00:43Bagi Selangor pula melibatkan kawasan Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat selain turut melibatkan wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
00:50Di negeri Sembilan pula, kawasan yang dijangka mengalami cuaca sama ialah Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin manakala seluruh
00:59negeri Melaka turut terlibat.
01:01Di Johor, amaran melibatkan Tangkak, Segamat, Muah, Keluang dan Mersing.
01:06Sementara itu, di Sarawak, kawasan yang terjejas termasuk Kucing, Serian, Samarahan, Sri Aman, Bentung, Sarike, Mukah, Miri serta Limbang.
01:17Manakala di Sabah, amaran melibatkan kawasan pedalaman seperti Sipitang, Tenom, Pelford, Nabawan, Kinangau dan Tambunan selain kawasan pantai barat termasuk
01:29Papar, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belut.
Comments

Recommended