00:00Lubnan mengisytiharkan Hari Berkabung Nasional selepas serangan Israel,
00:05membedil negara itu, mengorbankan hampir 200 orang dan menimbulkan persoalan terhadap gencatan senjata antara Amerika Syarikat dan Iran.
00:14Pejabat Perdana Menteri Lubnan pada Khamis berkata,
00:17akan menjadi Hari Berkabung Nasional bagi semua yang syahid dan mangsa cedera
00:21akibat serangan Israel yang menyasakan ratusan orang awam yang tidak bersalah dan tidak berdaya.
00:28Beliau turut mengarahkan penutupan pentadbiran awam dan pengibaran bendera separuh tiang.
00:33Beberapa jam kemudian, Hezbollah berkata pihaknya sudah melancarkan roket ke arah Israel sebagai tindak balas
00:38terhadap apa yang disifatkannya sebagai pelanggaran gencatan senjata Amerika Syarikat, Iran.
00:44Washington dan Tehran sebelum ini masing-masing mengisytiharkan kemenangan dalam perang di Asia Barat
00:49selepas bersetuju kepada gencatan senjata selama dua minggu
00:53serta rundingan bertujuan menamatkan konflik yang mengorbankan ribuan nyawa di seluruh rantau itu
00:58selain menjejaskan ekonomi global.
01:01Bagaimanapun, perpecahan muncul dengan cepat khususnya apabila Israel
01:05melancarkan serangan paling hebat setakat ini ke atas Lubnan
01:09sejak kumpulan Hezbollah yang disokong Iran menyertai perang awal bulan lalu.
01:14Terima kasih telah menonton!
Comments