00:00Prestasi pelaburan negeri Perak mencatatkan peningkatan memerangsangkan pada 2025 apabila jumlah pelaburan yang diluluskan mencecah 15.7 bilion dan angka
00:12itu meningkat hampir 80% berbanding 8.75 bilion ringgit yang direkodkan pada tahun sebelumnya.
00:23Berdasarkan laporan terkini Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, pencapaian tersebut melibatkan 560 projek yang diluluskan.
00:32Keseluruhan projek itu dijangka mewujudkan lebih 10,700 peluang pekerjaan baru kepada rakyat di Perak.
00:39Sektor pembuatan kekal menjadi penyumbang terbesar dengan nilai pelaburan RM9.38 bilion melibatkan 98 projek.
00:47Sektor itu sahaja dijangka menyumbang lebih 10,000 peluang pekerjaan sekaligus memperkukuh peranannya sebagai tulang belakang ekonomi negeri.
00:57Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dalam satu kenyataan memaklumkan pencapaian tersebut mencerminkan keyakinan berterusan pelabur terhadap potensi dan
01:06hala tujuh ekonomi negeri.
01:08Beliau menegaskan kerajaan negeri akan terus memperkukuh ekosistem pelaburan bagi merancatkan pertumbuhan ekonomi dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan berkualiti.
01:19Momentum pertumbuhan itu turut dipacu lima not ekonomi utama iaitu Automotive High Tech Valley di Tanjung Malim, Lumut Maritime Industrial
01:27City di Manjung,
01:29Kerian Integrated Green Industrial Park, Silver Valley Technology Park di Kentan dan Perak Halal Industry Park di Lekir.
01:37Kelima-lima not ini memberi fokus kepada sektor bernilai tinggi termasuk automatif, maritim, teknologi, tenaga hijau dan industri halal.
01:45Perkembangan ini sekaligus mengukuhkan kedudukan Perak sebagai destinasi pelaburan strategik negara.
Comments