00:00Seterusnya, mengenai status terkini beberapa kandungan palsu yang telah disebar luas
00:10berkaitan krisis tenaga global dan konflik di Asia Barat.
00:17Setakat jam 3 petang tadi, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, MCMC,
00:24telah membuka sebanyak 42 kertas siasatan berhubung penyebaran maklumat palsu berkait isu krisis tenaga global
00:33yang tular di media sosial dan platform digital.
00:38Manakala 22 individu dari pelbagai lokasi di seluruh negara telah dipanggil setakat ini
00:44untuk rakaman percakapan bagi membantu siasatan.
00:49Daripada 42 kertas siasatan yang dibuka, 31 kandungan melibatkan berita palsu berhubung kos bahan api.
01:01Pada masa yang sama, MCMC setakat ini telah membuat 355 permohonan penurunan kandungan palsu
01:09dari pelbagai platform media sosial.
01:13154 dari jumlah itu telahpun diturunkan oleh penyedia platform,
01:20manakala selebihnya masih dalam siasatan platform-platform berkenaan.
01:25Saya mengajak semua rakyat Malaysia untuk sentiasa berwaspada terhadap sebaran maklumat,
01:34terutama dalam media sosial, khusus berkait krisis tenaga global.
01:38Dalam keadaan dunia yang berdepan cabaran semasa,
01:43terdapat pihak tertentu yang mengambil kesempatan dengan menyebarkan pelbagai maklumat yang tidak sahih
01:49semata-mata untuk meraih perhatian dan pengaruh.
01:54Jangan berkongsi sebarang maklumat selagi belum dipastikan kesahihannya dan kebenarannya.
02:01sebaliknya, rujuklah sumber rasmi dan pihak berwajib untuk mengelakkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.
02:11Bagi umat Islam, amalan tabayun amat dituntut seperti yang dinyatakan dalam surah Al-Hujrat ayat 6.
02:21Wahai orang-orang yang beriman,
02:22Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita,
02:29maka selidikilah yakni tabayun untuk menentukan kebenarannya
02:34supaya kamu tidak menimpakan sesuatu mesibah kepada sesuatu kaum
02:40dengan sebab kejahilan kamu sehingga menjadikan kamu menyesal di atas apa yang kamu telah lakukan.
02:50Terima kasih.
Comments