00:00Pendirian berani dan berprinsip ditunjukkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap konflik di Iran mencerminkan sikap berpihak kepada
00:10kebenaran.
00:12Duta Besar Republik Islam Iran ke Malaysia, Walillah Muhammad Nasrabadi berpendapat, prinsip Anwar berpotensi meningkatkan kedudukan diplomatik antara Iran dan
00:24Malaysia.
00:26Beliau dalam kenyataannya pada istimewa berkata sejarah akan menilai pendirian ini dengan adil dan rakyat Iran tidak akan melupakan sokongan
00:34kerajaan serta rakyat Malaysia.
00:36Valiola turut menggesa komuniti antarabangsa untuk mengambil peduli tindakan yang dilakukan oleh AS terhadap Iran sejak konflik meletus pada 28
00:45Februari lalu.
00:46Katanya serangan Amerika yang disasarkan terhadap infrastruktur awam, institusi pendidikan, logi jana kuasa, kemudahan minyak dan gas serta jambatan menunjukkan
00:56pelanggaran nyata undang-undang antarabangsa.
00:59Lokasi sasaran bukan aset ketenteraan tetapi nadi kehidupan rakyat biasa.
01:04Berhubung serangan seperti jambatan B-1 yang sedang dalam proses pembinaan logi, tenaga nuklear Bashar.
01:10Beliau berkata infrastruktur tersebut dibina dengan usaha keras rakyat Iran setelah menghadapi sekatan pelbagai sudut yang tidak adil oleh Amerika
01:19sejak 47 tahun lalu.
01:21Beliau turut membidas kenyataan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang ingin mengembalikan Iran ke zaman batu.
01:28Valiola berkata kenyataan Trump tidak boleh diabaikan, ia adalah satu amaran.
01:32Beliau turut mengulangi sikap rakyat Iran yang tetap teguh dan berdepan intimidasi dan menggesa agar tindakan Amerika dihentikan demi memastikan
01:41kedaulatan mana-mana negara dan keselamatan orang awam kekal terjamin.
01:45Tambahnya jika jenayah sebegini boleh dilakukan terhadap satu negara, ia juga boleh berlaku kepada negara lain selagi tiada pihak dipertanggungjawabkan.
Comments