Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Datuk Seri Amirudin Shari berkata beliau memegang satu amanah besar untuk mengetuai misi mewakili kerajaan Malaysia bagi membawa mesej keamanan serta pembebasan rakyat Palestin daripada kepungan yang berterusan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Misi bantuan kemanusiaan 30 kontena Malaysia ke Gaza dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 100,000 penduduk di wilayah bergolak
00:10itu.
00:10Difahamkan usaha berkenaan melibatkan penghantaran kandungan bantuan kemanusiaan seberat 374 tan hasil sumbangan pelbagai pihak.
00:19Kargo itu kini berada di lokasi transit iaitu sebuah gudang milik Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia MAPIM sekitar Ismailia berhampiran
00:29terusan Suez.
00:31Malaysia mungkin negara kecil dalam skema dunia yang luas namun satu tindakan yang dirancang JITU boleh membawa impak yang diingat
00:42zaman berzaman.
00:45Sebab itu misi ini datang dengan pelbagai tujuan ada datang dengan bantuan kecemasan yang akan kita bawa lebih 300 tan
00:5430 kontena hasil daripada sumbangan orang ramai sumbangan daripada individu syarikat negeri negeri dan juga sumbangan kerajaan.
01:04Supaya kita dapat meringankan beban. Anggaran kita hanya 100 ribu orang yang akan terkesan kalau kita berjaya melunaskan misi kali
01:14ini.
01:15Dan sudah pasti ia akan membuka pintu lebih luas kepada kehadiran bantuan-bantuan sokongan yang selama ini ataupun dalam tempoh
01:25beberapa tahun ini tersekat dan diganggu oleh rejim Zionis.
01:30Saya percaya mesej ini adalah mesej kemanusiaan yang sedia disambut dan kami berusaha untuk membawa mesej ini mewakili dunia, mewakili
01:42masyarakat yang prihatin, mewakili umat untuk kita sama-sama melihat pembebasan Palestine yang dinantikan sekian lama.
01:50Doa dan harapan menyeringi misi kali ini agar Palestine akhirnya menjadi sebuah negara merdeka dan bebas daripada cengkaman rejim Zionis.
02:04Terima kasih.
02:06Terima kasih.
Comments

Recommended