Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Tawaran pengambilalihan Sunway Bhd ke atas IJM Corporation Bhd luput selepas gagal memenuhi syarat meraih lebih 50 peratus daripada saham undian, menurut Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB).

Menurut bank pelaburan itu dalam kenyataan hari ini, tawaran berkenaan ditutup pada 5 petang, Isnin, 6 April 2026.
Transcript
00:00Bertemu kembali, tawaran pengambil alihan Sunway Berhad ke atas IJM Corporation Berhad luput selepas gagal memenuhi syarat meraih lebih 50
00:10% daripada saham undian.
00:12Menurut Maybank Investment Bank Berhad dan Maybank IB dalam kenyataan, tawaran berkenaan ditutup pada 5 petang Isnen.
00:22Jelas Maybank IB semua penerimaan akan dikembalikan kepada pemegang yang menerima tawaran, kemudian Sunway tidak lagi terikat dengan apa-apa
00:31penerimaan terdahulu terhadap tawaran itu.
00:34Maybank IB berkata Sunway telah meraih penerimaan sah melalui tawaran berkenaan menjadikan syarikat itu memegang 1.17 bilion saham IJM
00:43mewakili 33.43% daripada jumlah saham undian dalam IJM.
00:50Dalam kenyataan berasingan, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan IJM, Datuk Lee Chun Fai berkata, pihaknya berterima kasih kepada
00:58pemegang saham berikutan penlibatan yang berterusan serta penilaian teliti mereka terhadap tawaran itu.
01:05Kumpulan itu yakin dapat memenuhi keutamaan strategiknya yang meliputi nilai perolehan kontrak pembinaan, pembangunan hartanah dalam perancangan, portfolio konsensi infrastruktur
01:15dan pengembangan berterusan di luar negara.
01:20Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended