Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menggerakkan notis merah melalui polis antarabangsa (Interpol) terhadap dua anak Allahyarham Tun Daim Zainuddin kerana mengingkari arahan untuk hadir memberi keterangan bersabit siasatan yang dijalankan terhadap mereka.
Transcript
00:00Suruhan jaya pencegahan rasuah Malaysia SPRM akan menggerakkan notis merah melalui Interpol terhadap dua anak Allahirham Tun Daim Zainuddin kerana
00:10gagal hadir memberi keterangan pada Isnin bersabit siasatan yang dijalankan terhadap mereka.
00:16Menuruti kenyataan, SPRM memaklumkan akan bekerjasama dengan Jabatan Imigresen Malaysia bagi menyekat serta memantau pergerakan keluar masuk dan status pasport
00:27individu berkenaan.
00:31SPRM berkata, Muhammad Amir dan Muhammad Amin Zainuddin akan berdepan tindakan mengikut Seksyen 48-C Akta SPRM 2009 kerana ingkar
00:42mematuhi tiga perintah menghadiri pemeriksaan di bawah Seksyen 30-1-A Akta Sama.
00:48SPRM menjelaskan, wakil peguam mereka sebelum ini menyatakan komitmen persetujuan untuk hadir pada Isnin namun sekali lagi gagal berbuat demikian
00:58tanpa sebarang alasan munasabah.
01:01Turut gagal hadir tanpa alasan memuaskan ialah seorang individu dikenali sebagai Josephine Premla.
01:07Bagaimanapun, dua lagi anak tokoh korporat terbabit iaitu Asnida Abdul Daim hadir dan memberi kerjasama kepada SPRM,
01:15manakah lemah Wira Dhani Daim telah memberitahu lebih awal mengenai ketidakhadirannya.
01:20Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended