Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Menurut Perdana Menteri, hubungan mereka bukan sekadar dalam konteks rasmi, malah turut terjalin secara peribadi, termasuk persahabatan rapat antara mendiang dan Allahyarham abangnya, Rani Ibrahim.
Transcript
00:00Perdana Menteri Dr. Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan terhadap jasa dan sumbangan Mendiang Tun Dr. Ling Leong Sik yang disifatkan
00:10sebagai tokoh penting dalam pembangunan negara.
00:12Beliau berkata Mendiang yang juga Presiden Kehormat Seumur Hidup MCA memainkan peranan besar ketika menerajui Kementerian Pengangkutan.
00:21Ini termasuk melaksanakan pelbagai program dan inisiatif utama yang memberi impak kepada negara.
00:26Anwar berkata hubungan mereka bukan sekadar dalam konteks rasmi malah terjalin secara peribadi termasuk persahabatan rapat antara Mendiang dan Allahyarham
00:36Abangnya Rani Ibrahim.
00:38Beliau turut mengimbas kerjasama dalam dunia politik khususnya ketika masing-masing aktif di Pulau Pinang sebelum memegang jawatan penting dalam
00:46parti dan kerajaan.
00:47Sumbangan Mendiang bukan sahaja besar kepada parti malah memberi kesan yang signifikan terhadap pembangunan negara secara keseluruhan.
00:56Terdahulu Perdana Menteri hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Mendiang di Pusat Jio'en di Ibu Negara pada Isnen.
01:04Dr. Ling meninggal dunia pada usia 82 tahun, meninggalkan isteri Tuh Puan Ong Inah serta dua anak lelaki Ling He
01:13Leong dan Ling He Kiat.
01:15Bekas Presiden MCA itu antara anggota Kabinet paling lama berkhidmat ketika menerajui Kementerian Pengangkutan selama 17 tahun dari 1986 sehingga
01:26meletak jawatan pada 2003.
01:27ketika menerima kasih.
Comments

Recommended