00:00Kerajaan Sabah menghormati keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya yang membenarkan permohonan Kerajaan Persekutuan bagi penangguhan pelaksanaan Perintah Mahkamah Tinggi
00:10untuk menyimak geran khas bagi tempoh terlepas serta mencapai persetujuan dalam tempoh 180 hari bagi pembayaran hak Sabah sebanyak 40
00:20% sementara menunggu rayuan Kerajaan Persekutuan.
00:23Ketua Menterinya Datuk Seri Haji Jinur berkata, perintah penangguhan yang diberikan adalah bersifat prosedural dan mengekalkan status quo sehingga rayuan
00:33Kerajaan Persekutuan didengar.
00:38Bagaimanapun, Ketua Menteri Sabah itu berharap rundingan mengenai perkara tersebut akan diteruskan dengan niat baik ke arah pencapai persetujuan dengan
00:45Kerajaan Persekutuan.
00:47Jelas Haji Jin, penangguhan itu tidak mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi sediada.
00:52Dalam masa sama, Haji Jin mengulangi pendirian Kerajaan Negeri yang membantah penangguhan perintah Mahkamah Tinggi tersebut namun menegaskan Kerajaan tetap
01:01menghormati keputusan terbaharu Mahkamah.
01:04Tegas beliau ia adalah satu proses yang sedang berjalan dan Kerajaan Negeri akan terus berbincang serta mencari penyelesaian.
01:12Selain itu, Haji Jin memaklumkan Kerajaan Persekutuan tidak menfaikan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada Oktober 2025 berhubung
01:23hak Perlembagaan Sabah ke atas 40% hasil bersih Persekutuan yang dikutip.
01:30Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah berjanji untuk menghormatinya.
01:36Tarikh tentatif bagi pendengaran rayuan Kerajaan Persekutuan adalah antara 27 hingga 30 Oktober 2026 dan satu e-review ditetapkan pada
01:4613 April 2026 bagi mengesahkan tarikh sebenar pendengaran.
01:52Terima kasih kerana menonton!
Comments