Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Bekas pengasuh dipenjara lima tahun selepas didapati bersalah cuai hingga menyebabkan kematian bayi perempuan di taska tiga tahun lalu.
Transcript
00:00Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya Jasmin Abubakar dan ini Buletin Awani.
00:03Kita mulakan dengan laporan ini terlebih dahulu di mana bekas pengasuh bayi perempuan Kasih Aulia
00:07dipenjara 5 tahun oleh Mahkamah Session Petaling Jaya selepas didapati bersalah atas pertuduhan cuai
00:13sehingga menyebabkan kematian kepada bayi itu 3 tahun lalu.
00:18Hakim Dr. Syahlizah Warnoh menjatuhkan hukuman itu terhadap warga Indonesia Mulyati Kalim berusia 54 tahun
00:25selepas mendapati pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir pembelaan.
00:31Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalankan hukuman bermula dari tarikh sabitan pada Isnin.
00:37Tertuduh juga perlu menjalani bon berkelakuan baik dalam tempoh 3 tahun
00:40dengan 2 penjamin warga negara tempatan berserta cagaran RM5,000.
00:45Mahkamah turut mengarahkan muliati menjalani khidmat masyarakat selama 120 jam
00:50dan perlu diselesaikan dalam tempoh 6 bulan selepas tamat hukuman penjara.
00:55Pada masa sama, mahkamah turut menolak permohonan pembelaan bagi penangguhan hukuman
01:00dan tertuduh akan menjalani hukuman di penjara kajang.
01:04Mengikut pertuduhan, Mulyati didakwa sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan
01:09terhadap bayi tersebut yang berusia 2 bulan 26 hari ketika kejadian.
01:14Kesalahan itu dilakukan di sebuah taskah di Kota Irmansara
01:17pukul 9.40 pagi pada 10 Oktober 2023
01:20dan didakwa mengikut Seksyen 31 dalam Kurungan 1A Akta Kanak-Kanak 2001
01:26dan boleh dihukum di bawah Seksyen yang sama.
Comments

Recommended