Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Tarif yang luas dijangka menekan permintaan dari AS, secara langsung memberi kesan kepada eksport serantau dan secara tidak langsung memperlahankan perdagangan global.
Transcript
00:00Pertumbuhan ekonomi di rantau ASEAN campur tiga yang merangkumi negara anggota ASEAN serta China, Jepun dan Korea Selatan
00:08dijangka melambat kepada 4% pada 2026 dan 2027 berbanding 4.3% pada 2025.
00:17ASEAN Plus 3 Macroeconomic Research Office AMRO menyatakan permintaan luar yang lemah sebagai faktor utama
00:25sejajar dengan pelaksanaan tarif global dan sektor oleh Amerika Syarikat.
00:31Tarif yang luas dijangka menekan permintaan dari Amerika secara langsung memberi kesan kepada ekspor serantau
00:37dan secara tidak langsung memperlahankan perdagangan global.
00:41Pertumbuhan perdagangan global juga dijangka merosot pada 2026 selepas lonjakan pembelian awal berkaitan tarif pada 2025.
00:48Penyesuaian perniagaan terhadap tarif bersama dengan penyusunan semula rantaian bekalan di tengah ketidakpastian polisi
00:54mungkin mengurangkan kecekapan pelagangan dan meningkatkan kos pengeluaran.
00:59Namun begitu pelaburan dalam teknologi menawarkan sedikit penampan
01:02dengan permintaan ekspor bagi semikonduktor dan elektronik disokong oleh projek kecerdasan buatan AI dan pusat data
01:09walaupun pada kadar lebih pelahan berbanding 2025.
01:13Permintaan domestik dijangka terus menjadi tonggak pertumbuhan dengan momentum pelaburan berterusan sehingga 2026
01:18dan keadaan pasaran tenaga kerja yang sehat menyokong penggunaan swasta.
Comments

Recommended