Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Harga minyak meningkat manakala pasaran saham menunjukkan prestasi bercampur, dengan pelabur bimbang terhadap kemungkinan serangan balas Iran ke atas sasaran di negara Teluk.
Transcript
00:00Pasaran kewangan global berada dalam keadaan tidak menentu pada Isnin, susulan ancaman Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk melancarkan serangan
00:09ke atas infrastruktur Iran jika selat hormus tidak dibuka semula menjelang tarikh akhir yang ditetapkannya.
00:16Harga minyak meningkat manakala pasaran saham menunjukkan prestasi bercampur dengan pelabur bimbang terhadap kemungkinan serangan balas Iran ke atas sasaran
00:25di negara teluk.
00:29Dagangan turut dipengaruhi kecairan rendah berikutan cuti Easter Monday di beberapa negara.
00:34Niaaga harapan S&P 500 mencatat sedikit penurunan manakala indeks saham Asia Pasifik meningkat sederhana, indeks Nikkei 225 dan Kospi
00:44masing-masing mencatat kenaikan.
00:47Sentimen pelabur bagaimanapun sedikit reda selepas laporan media menyatakan Amerika Syarikat, Iran dan beberapa pihak perantara sedang membincangkan kemungkinan gencatan
00:55senjata
00:56selama 45 hari yang berpotensi membawa kepada penamatan konflik secara kekal.
01:01Harga minyak mentah brand dibuka tinggi sebelum mengurangkan kenaikan kepada sekitar $109 Amerika Stong, susulan kebimbangan gangguan bekalan.
01:11Penganalisis berkata pasaran kekal gelisah memandangkan ketidaktentuan sama ada tarikh akhir yang ditetapkan atau dikekalkan atau ditangguhkan.
01:19Dalam pada itu, keputusan kumpulan OPEC Plus untuk meningkatkan pengeluaran tidak banyak mempengaruhi pasaran.
01:25Berikutan kerosakan kepada kemudahan pengeluaran dan infrastruktur minyak di beberapa negara pengeluar utama sejak konflik bermula.
01:33Di Amerika Syarikat, data pekerjaan menunjukkan pertumbuhan pekerjaan meningkat lebih tinggi daripada jangkaan pada Mac.
01:40Dengan kadar pengangguran menurun kepada 4.3%.
01:44Perkembangan itu memberi carangan kepada Federal Reserve dalam menentukan dasar monetari seterusnya dengan pasaran menjangka tiada perubahan kadar faedah dalam
01:53tempoh terdekat.
Comments

Recommended