00:00Bertemu kembali dalam niaga awani, Malaysia menjadi satu-satunya pasaran di Asia yang mencatat aliran masuk dana asing bersih.
00:08Minggu lalu, Bank Pelaburan MBSP Investment Bank berhad dalam laporan bagi minggu berakhir 3 April 2026 berkata,
00:16pelabur asing melanjutkan momentum belian bersih kepada dua minggu berturut-turut di bursa Malaysia dengan aliran masuk bersih berjumlah RM98
00:25.5 juta.
00:28Pelabur asing merupakan pembeli bersih dalam dua daripada lima hari dagangan dengan aliran masuk tertinggi direkodkan pada Rabu sebanyak RM138
00:37.1 juta,
00:39diikuti Khamis RM107.3 juta.
00:43Sebaliknya, aliran keluar terbesar dicatatkan pada Selasa RM78.3 juta, Isnin RM68.7 juta dan Jumaat RM1.4 juta.
00:54Dari segi sektor, tiga sektor utama yang mencatat aliran masuk bersih asing ialah peladang RM764.3 juta,
01:02tenaga RM149.6 juta dan penjagaan kesihatan RM96.4 juta.
01:10Manakala tiga sektor yang merekodkan aliran keluar bersih tertinggi ialah pengangkutan dan logistik RM249.3 juta,
01:18teknologi RM155.3 juta,
01:21serta produk dan perkhidmatan pengguna RM122.3 juta.
01:27Namun begitu, institusi tempatan meneruskan aktiviti jualan bersih untuk minggu kedua berturut-turut dengan jumlah aliran keluar RM98.3 juta.
01:37Jumlah purata dagangan harian pula mencatat penurunan menyeluruh masing-masing dalam kalangan pelabur runcit tempatan
01:43sebanyak 6.9%, institusi tempatan 3.2% dan pelabur asing 9.0%.
01:51Dalam kalangan lapan pasaran Asia yang dipantau, pelabur asing meneruskan aliran keluar bersih untuk minggu ketujuh berturut-turut
01:58dengan jumlah keseluruhan RM11.68 bilion, RM47.08 bilion.
Comments