Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Misi penghantaran kali ini berskala besar meliputi 30 kontena mengandungi 374 tan bantuan kemanusiaan, ia memerlukan beberapa perundingan dengan Kerajaan Mesir.
Transcript
00:00Assalamualaikum dan salam hormat anda sedang menonton Beluti Nawani bersama saya Khalid Skadir.
00:05Kita mulakan dengan perkembangan ini. Majlis Flag Off misi kemanusiaan 30 kontena Malaysia ke Gaza
00:11dan delegasi global Sumut Flotilla 2.0 dianjurkan di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 pada petang Isnin.
00:21Misi ini dinaungi Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amiruddin Syari selaku wakil Kerajaan Malaysia
00:28bagi memudahkan urusan rundingan penghantaran bantuan dengan Kerajaan Mesir.
00:34Untuk perkembangan lanjut kita terus bersama wartawan Ashraf Malik. Silakan Ashraf.
00:43Baik, terima kasih. Baik, terima kasih rakan setuga sekali di studio.
00:48Baik, sepetal tadi sekitar jam 4.30 petang baru saja selesai Majlis Flag Off
00:55misi bantuan kemanusiaan 30 kontena Malaysia ke Gaza
00:59dan delegasi negara untuk global Sumut Flotilla atau GSF 2.0
01:05maafkan, di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur KLAI 1.
01:10Bagaimanapun, maklumat terbaharu yang diserima
01:13ada penjadualan semula perjalanan misi ini
01:16mereka akan berlepas bukan pada hari ini
01:18tetapi dalam masa beberapa hari lagi dari sekarang.
01:22Menyikut perancangan, misi yang diketuai Menteri Besar Selangor
01:25Datuk Seri Amiruddin Syari
01:26akan mengikuti pelepasan kontena
01:29membawa 374 ton bantuan kemanusiaan di Kahera
01:33dan seterusnya mengadakan satu sidang media khas
01:36di pintu sempadan Rafah
01:38untuk menyatakan pendirian Malaysia
01:40terhadap isu kepungan Gaza oleh rejim Zionis.
01:43Bagaimanapun, konvoy yang dikelola oleh
01:46Majlis Pelundingan Pertubuhan Islam Malaysia atau MAPIM ini
01:50berdepan satu cabaran baharu pada ketika ini
01:53iaitu ketidakstabilan di rantau Asia Barat
01:56akibat perang antara Iran, Israel dan Amerika Syarikat.
02:00bagi kita mendapatkan gambaran apakah kemungkinan
02:04liku-liku perjalanan dan strategi yang sudah diatur
02:08untuk misi kali ini
02:09turut bersama saya adalah Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM
02:13Datuk Dr. Sani Abdul Alim Arabi
02:16silakan Datuk.
02:17Terima kasih banyak kerana sudi luangkan masa
02:20bersama saya pada petang ini.
02:22Jadi, Datuk mungkin boleh kongsikan kepada penonton di luar sana
02:24apakah situasi dan keadaan di lapangan yang bakal menanti
02:28Datuk Seri Amri dan Syari dan perserta lain
02:30sepanjang misi mungkin selama beberapa hari
02:33ataupun minggu mencecah dan juga langkah
02:36kontingensi yang sudah dirancanakan.
02:38Sediakan, Datuk.
02:38Pertamanya, misi kali ini adalah misi yang kita laksanakan
02:43daripada kehendak rakyat ini melihat bahawa Gaza itu
02:47aman, dibela seluas-luasnya daripada suara NGO,
02:53daripada suara pemimpin sehinggalah dia menjadi
02:56sebagai satu keteguhan prinsip kerajaan.
03:00Dan saya kira untuk kita berbincang ataupun bercakap
03:05berkenaan dengan risiko, saya tidak pernah masuk ke dalam
03:09bumi Gaza tanpa berhadapan dengan risiko.
03:12Pada 2023-nya, masa COVID-nya dan sebagainya,
03:17yang penting untuk kita zahirkan di sini bagaimana kita
03:20mendepani apa juga cabaran untuk kita terus untuk
03:24menyantuni saudara kita di Gaza kerana itu adalah
03:28kekuatan yang kita ada.
03:30Kumpulan-kumpulan sumut ini mereka telahpun digerakkan
03:34seawal daripada hari raya yang keempat untuk bergerak
03:38menjadi kru, dilatih menjadi sebagai tim medik di atas kapal
03:44dan pada malam ini insyaAllah akan ada kumpulan yang akan
03:48mula bergerak ke Mesir dan besok hari juga akan ada
03:51kumpulan yang bergerak ke Mesir. Kita tidak menggunakan
03:54satu flight untuk semua kerana kita tahu cabaran ke
03:58Timur Tengah pada ketika ini bukannya senang dengan keadaan
04:04Iran, perang dan juga Israel ini. Kalau kita lihat dari satu
04:10sudut, kita melihat bahawa Israel sedang diserang oleh Iran dan
04:15kita juga berdiam diri untuk tidak mengambil peluang ini
04:18saya kira itu adalah satu kerugian yang sangat besar dan
04:23misi kali ini telah disusun seawal tahun lepas kerana kita
04:28nampak indikator kejayaan itu sangat jelas. Sepertimana yang
04:32semua orang tahu kita telah melobi Malaysia dengan kawan-kawan
04:37kita daripada 44 negara. Kita melobi sebelum melaksanakan
04:40pelayaran ini untuk dibuat demonstrasi. Kita dapat lihat di
04:45Jepun, di Pakistan, Hatta di United Kingdom dan juga di Amerika
04:49Syarikat. Sepanyol, Itali juga besar dan kita susuli dengan
04:53tindakan di atas laut yang mana laut ini sudah terang lagi jelas
05:01bahawa kita melalui international waterways. Di atas landasan
05:06undang-undang maritim, kita tidak melakukan kesalahan. Jadi
05:10tahun lepas yang kita ditangkap, dicolek, dipenjarakan hingga kita
05:16mohon kerjasama dunia untuk bebaskan, itu bukan salah kita. Bukan
05:20salah orang yang mengikut jalur yang betul. Salah itu perlu
05:25dihalakan jenayahnya kepada rejim Israel kerana dia masuk campur
05:30mencolik kita di perairan antarabangsa yang bukan daripada
05:33teritori dia pun. Dan lagi-lagilah dia buat sesuatu yang
05:37dia tahu kita ini datang dengan non-violence. Jadi untuk kali
05:42ini kita ada lima fasa. Bukan saja kita menghantar bantuan
05:45kontena daripada Mesir ke Gaza melalui jalur Rafah. Ini kita
05:52akan lakukan dan kita jemput kawan-kawan kita yang memang
05:55sedia komited menghantar. Cuma isunya cepat ataupun lambat
05:59masuk ataupun tidak. Itu satu kepahaman yang perlu kita
06:03kongsikan dengan rakyat Malaysia. Seterusnya itu adalah
06:06sumut darat. Seterusnya kita ada sumut laut yang mana kita akan
06:10terus berlayar kalau tahun 2025 jumlah negara yang menyertai
06:16adalah 44. Tetapi tahun ini indikator yang sangat luar biasa
06:20kita menerima 100 negara yang menyertai dan ini menzahirkan
06:25bahawa tindakan untuk menggunakan laut sebagai laluan utama
06:29itu adalah tindakan yang bagi saya adalah betul. Dan apa yang kita
06:36langsung lihat diunggah tahun lepas dengan tekanan yang diberikan
06:40dengan desakan melalui diplomasi dan juga urusan yang pelbagai ini
06:46telah menzahirkan 10 negara. Yang kita tahu terang-terangan mereka
06:50ini adalah sekutu kepada rejim diunggah United Nation. Mereka
06:56telah pun beralih arah menyokong Palestine. Jadi itu adalah
07:00kejayaan yang mungkin tak diwahuarkan ataupun diwahuarkan tetapi
07:04tidak dipahami. Itu juga di Malaysia. Apa indikator kejayaan kita
07:09kalau dibandingkan perbincangan di dalam parlimen. Parlimen
07:14Malaysia sekitar dalam 15 kali bercakap berkenaan sumut dan
07:18berkenaan Gaza ini tidak ada selindung-selindung 300 kali. Tapi
07:21agak mengecewakan saudara-saudara kita di parlimen negara lain
07:26mereka menyatakan bahawa kami tidak dapat bercakap secara langsung
07:31dan kami seolah-olah kena apa dia panggil itu kena lapik-lapik. Jadi
07:36kita rasa ini adalah ruang yang paling terbesar Malaysia menjadi
07:40sebagai anchor utama dengan kepimpinan yang ada dengan kedua-dua
07:45blok sama ada daripada pihak kerajaan ataupun pembangkang daripada
07:48pihak rakyat maupun pihak yang memainkan peranan. Kita ada
07:53kesatuan kita sendiri. Untuk ketika ini saya kira sudah sampai
07:57masanya kita letakkan semua perbezaan itu dan kita tumpukan untuk
08:02kita gunakan peluang ini menekan pihak rejim dan sekutunya untuk
08:07membuka pintu rafah seluas-luasnya. Bukan untuk 30 kontainer sahaja dan
08:13memberikan akses kepada dunia untuk masuk membina semula
08:17hospital. Jauh lebih penting adalah untuk kita mendesak seluruh dunia
08:22menghentikan kegilaan barbarik yang dibuat oleh Israel dengan
08:28mewawarkan mereka akan menggantung hampir 10 ribu tahanan
08:32Palestine di dalam penjara Israel. Jadi kita tak mungkin hanya melihat
08:37isu perang Iran dan juga disilat hormos itu sebagai satu
08:44halangan kerana bagi kita naratif dunia sekarang ini sedang tidak
08:49bersama dengan rejim dan itu adalah satu strategi yang bagus untuk
08:55kita gerakkan dunia dan mula menekan sama ada di lorong United
08:59Nations ataupun di cabang-cabang yang lain dan kita dapat melihat
09:03berapa banyak negara sudah menyatakan pendirian mereka. Mereka
09:07menarik hubungan mereka dengan rejim dan itu adalah kejayaan
09:11susulan yang kita telah lakukan dan ultimatum untuk misi bersepadu
09:17ini adalah Malaysia melalui sentra sayap perundangan kita akan
09:23terbang ke The Hague untuk memfailkan aduan dan petisyen kepada
09:28ketua pesuruh jaya mahkamah jenayah antarabangsa ICC untuk kita
09:34heret rejim ini kerana jenayah yang mereka lakukan kepada Gaza dan
09:39jenayah yang mereka lakukan kepada rakyat Malaysia yang berada di atas
09:44kapal non-violent duduk di international waterways tidak menyelahi
09:48undang-undang maritim dan kita dicolek. Jadi ini semua kita buat dalam
09:52kesepaduan daripada bawah sampai lah ke atas dan kita mahukan
09:57semua pihak bergandingan bahu kerana yang di depan pergi ke
10:03Barcelona, ke Itali dan sebagainya kami membawa amanah dan juga
10:08kudrat ini sangat kecil. Tidak akan bermakna tanpa sokongan daripada
10:13seluruh rakyat Malaysia. Dan kali ini juga kita telah menerima banyak
10:17permintaan, banyak pencalonan untuk mereka ini masuk daripada
10:23pelbagai segmen. Ada daripada doktor yang mereka ini akan naik kapal
10:27doktor. Ada juga daripada tim kru yang saya kira itu yang paling
10:31banyak, kru kapal dan sebagainya. Dan ada tim yang lepas mereka akan
10:35jadi sebagai penganjur, menguruskan menyelia dan sebagainya. Dan
10:38lebih utama lagi sehingga sekarang sudah ada 70 kapal dan kita
10:42jangkakan dari masa ke semasa jumlah kapal itu akan meningkat. Dan
10:47lebih daripada itu saya ingin maklumkan usaha ini adalah usaha
10:51kerdil yang kita lakukan bersama tetapi kita harapkan impak yang
10:56besar. Kita tidak mampu untuk menghantar senjata tetapi saya kira
10:59kita sudah faham senjata yang paling tajam yang kita ada adalah
11:05kesepaduan umat, kesatuan kita semua untuk bersama membela orang yang
11:11sedang dienaya iaitu Gaza. Kita tak boleh fokus kepada masalah
11:17kita dan kita peluk tubuh tunggu sampai kami selesai baru kami
11:21pergi. Itu telah kita buktikan semasa PKPD, semasa COVID yang
11:28lepas kita menghantar dan saya kira Malaysia perlu lakukan lagi.
11:33Baik Datuk, sorry maaf masa agak mencubut kita tapi terima kasih
11:36banyak kerana atas perjelasan yang begitu mendalam dan juga
11:38memberikan impak kepada penonton esok awal ini. Jadi seperti
11:42Datuk ada katakan tadi, diharap misi sumut 2.0 kali ini ada yang
11:47tak akhir dan selepas ini adalah Palestine yang merdeka dan
11:50bebas insyaAllah. Jadi kembali kepada rakan setugas di studio.
11:55Terima kasih Ashraf Malik untuk perkembangan itu. Pastinya kita doakan
11:58juga perjalanan misi kemanusiaan ini berjalan dengan lancar di mana
12:02rakan setugas kita, Saif Akmal dan Muhammad Ruzi juga akan turut serta
12:06dalam misi ini pastinya mereka akan memberikan perkembangan terkini
12:09dari masa ke masa.
Comments

Recommended