00:00Kementerian Pendidikan menguruskan bantuan segera kepada keluarga dua pelajar Institut Pendidikan Guru IPG,
00:07Kampus Perlis yang dilaporkan lemas ketika melakukan aktiviti berkayak di Pantai Merdeka dekat Sungai Petani Kedah pada Sabtu.
00:15Menurusi kenyataan yang dikeluarkan pada ahad, memaklumkan sokongan psikososial turut disediakan
00:20dan aspek kebajikan serta kesejahteraan diberikan tumpuan.
00:25Kementerian Pendidikan menyerahkan siasatan menyeluruh kepada pihak berkuasa.
00:30Selain itu, Kementerian memulakan proses siasatan dalaman bagi meneliti pematuhan setiap prosedur operasi standar yang berkaitan.
00:37Sementara itu, Institut Pendidikan Guru turut mengesahkan dua identiti pelajar terbabit,
00:42Joey Ling Ling Siang, 20 tahun dan Christopher Ling Jiah Sian, 21 tahun.
00:47Terdahulu, Estro Awani melaporkan dua pelajar IPG Perlis dilaporkan lemas ketika sedang melakukan aktiviti kayak di Pantai Merdeka kira-kira
00:55jam 5 petang Sabtu.
00:56Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisional Hanyan Ramblan berkata,
01:00berdasarkan saksi kejadian, sekumpulan pelajar menaiki kira-kira 30 kayak bergerak dari Teluk Bayu di sini
01:06menuju ke Teluk Nipah di Pantai Merdeka.
01:09Bagaimanapun, secara tiba-tiba berlaku arus deras di Muara Sungai Merbuk menyebabkan beberapa kayak dinaiki pelajar terbalik.
Comments