Skip to playerSkip to main content
  • 41 minutes ago
Pembebasan banduan dibuat sebagai isyarat kemanusiaan sempena Minggu Suci ketika Cuba berdepan tekanan diplomatik Amerika Syarikat. Identiti dan garis masa pembebasan penuh masih belum diperincikan.
Transcript
00:00Pihak berkuasa Kiva mula membebaskan banduan selepas mengumumkan pengampunan terhadap 2010 tahanan pada Jumaat.
00:08Ia merupakan pembebasan kedua dalam tempoh tidak sampai sebulan ketika negara itu berdepan peningkatan tekanan daripada Amerika Syarikat.
00:18Lebih 20 banduan bebas dari penjara Lalima di Timur Hawana pada Jumaat dengan memegang dokumen pembebasan dan diselubungi suasana hibah
00:27ketika bertemu ahli keluarga yang menunggu.
00:30Kerajaan Cuba pada sebelum ini mengumumkan rancangan untuk memberikan pengampunan kepada 2010 banduan sebagai isyarat kemanusiaan sempena memperingati Minggu Suci.
00:40Pengumuman tersebut dibuat hanya beberapa hari selepas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump melonggarkan sekatan bekalan minyak ke atas Cuba dengan
00:49membenarkan sebuah kapal tangki Rusia menghantar minyak mentah ke negara tersebut.
00:55Pentadbiran Trump sebelum ini lantang menuntut perubahan dalam sistem kerajaan komunis Cuba malah Presiden Amerika itu pernah menyuarakan hasrat untuk
01:04mengambil alih pulau tersebut.
01:06Pembebasan tahanan politik sekian lama menjadi tuntutan asas Amerika terhadap Cuba.
01:12Kedua-dua pihak mengadakan rundingan baru-baru ini di mana Hawana pada bulan lalu berjanji untuk membebaskan puluhan tahanan.
01:20Setakat ini kerajaan Cuba belum memperincikan identiti mereka yang mendapat pengampunan jenis kesalahan dilakukan atau garis masa pembebasan penuh.
01:29Pihak berkuasa berkata pemilihan itu dibuat berdasarkan sifat jenayah, kelakuan baik sepanjang dipenjara, faktor kesihatan serta tempoh hukuman yang dijalani.
Comments

Recommended