Skip to playerSkip to main content
  • 15 hours ago
Keuntungan bersih Malaysia Aviation Group (MAG) melonjak kepada RM137 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025, meningkat lebih dua kali ganda daripada RM54 juta pada 2024.
Transcript
00:00Keuntungan bersih Malaysia Aviation Group MAG melonjak kepada RM137 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Desember 2025 meningkat lebih dua
00:11kali ganda daripada RM54 juta pada 2024.
00:16Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Kapten Nasaruddin A. Bakar berkata pencapaian ini mencerminkan pelaksanaan disiplin MAG serta tumpuan berterusan terhadap pengurusan
00:28kos dan kecekapan operasi.
00:32Perolehan kumpulan itu naik kepada RM14.5 bilion, meningkat sebanyak 6% tahun ke tahun didorong oleh permintaan terhadap perjalanan
00:41yang berterusan langkah mengoptimumkan rangkaian dan prestasi komersial yang berdisiplin.
00:47Walaupun berdepan cabaran pada suku pertama 2025 berikutan kekangan kapasiti dan teknikal sebelum ini, Nasaruddin berkata keyakinan pengguna telah dipulihkan
00:57secara berperingkat.
00:58Katanya, walaupun jumlah penembangan meningkat, tumpuan berterusan terhadap disiplin operasi telah membawa kepada perkembangan yang lebih baik dengan tiga suku
01:07tahunan berturut-turut mencatatkan prestasi kukuh, mencapai prestasi tepat masa OTP sebanyak 81% pada akhir tahun.
01:17Belah berkata demikian pada sidang media sempena kemas kini prestasi tahun MAG pada Khamis.
Comments

Recommended