Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Inkues Kematian Zara Qairina Mahathir, seorang pakar psikiatri forensik memaklumkan bahawa hasil autopsi psikologi mendapati kematian Zara paling selari dengan tindakan mengakhiri nyawa sendiri.
Transcript
00:00Inquest kematian Zara, Khairina Mahathir, seorang pakar psikiatri forensik memaklumkan bahawa hasil otopsi psikologi mendapati kematian Zara paling selari dengan
00:10tindakan mengakhiri nyawa sendiri.
00:13Dr. Chua Zi Hong menjelaskan bahawa mangsa mempunyai lebih banyak faktor risiko berbanding faktor perlindungan pada waktu kejadian.
00:23Menurut beliau, keadaan tersebut menunjukkan ketidakseimbangan yang jelas sekaligus meningkatkan kecenderungan terhadap tindakan berkenaan.
00:31Katanya kepada mahkamah lagi, gabungan masalah sediada bersama peristiwa semasa dipercayai menjadi pencetus kepada tindakan terakhirnya.
00:40Dan ini menggambarkan kemungkinan perbuatan itu dilakukan untuk menamatkan penderitaan dalam keadaan tekanan emosi yang amat berat,
00:49pertimbangan yang terganggu serta keupayaan mengawal diri yang semakin lemah.
00:54Ia bukan satu tindakan yang dirancang secara terperinci.
00:58Tegasnya sehubungan itu, otopsi psikologi ini merumuskan bahawa cara kematian paling konsisten adalah mengakhiri nyawa sendiri.
01:07Dr. Chua berkata demikian ketika membacakan kenyataan saksi dalam bahasa Inggeris dihadapan korona Amir Shah Amir Hassan.
01:14Zara Khairina, 13 tahun, ditemui tidak sedarkan diri di kawasan asrama sekolahnya pada 16 Julai tahun lalu,
01:23sebelum disahkan meninggal dunia keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.
01:29Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended