00:00Bank Negara Malaysia BNM mengunjurkan lebihan akaun semasa Malaysia meningkat kepada 1.5 hingga 2.5% daripada keluaran dalam
00:10negara kasar KDNK pada 2026.
00:13Menurut CIMB Treasury and Market Research, potensi pertumbuhan itu disokong lebihan barangan yang lebih tinggi sebanyak RM128.1 pada 2026
00:24dan lebihan perkhidmatan yang lebih besar sebanyak RM5.
00:31Menurut firma penyelidikan itu dalam nota penyelidikan hari ini, lebihan perkhidmatan itu mendapat manfaat daripada ketibaan pelancong sempena tahun melawat
00:40Malaysia 2026 dan pengoperasian kemudahan pusat data secara berperingkat.
00:45Bagaimanapun, sebahagian pertumbuhan itu dijangka diimbangi oleh defisit pendapatan premier sebanyak RM74.2 bilion daripada RM69.5 bilion pada 2025.
00:58Ini mencerminkan aliran keluar keuntungan yang berterusan oleh syarikat multinasional yang beroperasi di Malaysia.
01:05Defisit pendapatan sekunder yang lebih tinggi sebanyak RM13.2 bilion didorong kiriman wang keluar negara oleh pekerja asing.
01:13Menurut CIMB, konflik di Asia Barat yang berterusan memperkenalkan risiko dua hala kepada prospek ini.
01:19Sebahagian besarnya gangguan berpanjangan terhadap laluan perkapalan global dan infrastruktur tenaga.
01:25Ini boleh menjejaskan permintaan luaran dan aktiviti pelancongan walaupun kedudukan Malaysia sebagai pengekspor tenaga bersih yang didorong lebihan gas asli
01:34cercai LNG memberikan lindung nilai separa terhadap harga tenaga global yang tinggi.
01:40Sementara itu, Hong Leong Investment Bank Berhad HLIB menjangka jawatan kuasa dasar moneteri MPC akan mengambil pendekatan tunggu dan lihat.
01:49Mengekalkan kadar dasar semalaman OPR pada 2.75% pada 2026 berdasarkan jangkaan BNM terhadap pertumbuhan yang mampan dan inflasi
02:00sederhana.
02:00Dalam masa terdekat, HLIB berkata potensi pengeluaran Malaysia akan terus disokong pengumpulan modal dan produktiviti meningkat dalam persekitaran pelaburan lebih
02:09tinggi dalam sektor teknologi maklumat dan komunikasi ICT serta elektrik dan elektronik.
Comments