Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
Ketua Pengarah AKPS, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata pihaknya menerima foto tular di media sosial berhubung dakwaan kemasukan warga asing secara tidak sah di kawasan sempadan sehingga menimbulkan kebimbangan awam.
Transcript
00:00Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan AKPS memberi amaran tegas kepada pegawai dan anggotanya yang bertugas di pintu masuk negara agar
00:08tidak terbabit dalam sebarang perbuatan hianat.
00:12Ketua Pengarahnya Datuk Seri Muhammad Syuhaili Muhammad Zin berkata pihaknya menerima foto tular di media sosial berhubung dakwaan kemasukan warga
00:20asing secara tidak sah di kawasan sempadan sehingga menimbulkan kebimbangan awam.
00:28Menurutnya bagaimanapun pihaknya tidak dapat mengesahkan sama ada warga asing terbabit memasuki negara melalui pintu sempadan di Bukit Kayu Hitam
00:35atau sebaliknya.
00:36Setakat ini tiada bukti jelas menunjukkan kemasukan warga asing termasuk dari India dan Bangladesh berlaku melalui laluan terbabit.
00:44Malah perkara itu tidak dapat dipastikan.
00:46Namun beliau memandang serius kebimbangan yang disuarakan awam terutamanya yang tinggal berdekatan sempadan.
00:52Dalam hari itu Muhammad Syuhaili berkata tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat unsur pengkhianatan dalam kalangan pegawai yang boleh membuka
01:00ruang kepada pencerobohan sempadan.
Comments

Recommended