00:00Kerajaan Thailand memberi amaran penyebaran maklumat palsu pada April Fool, menyalahi undang-undang dan boleh dihukum penjara serta denda.
00:08Timbalan Jurucakap Kerajaan Irene Panparit berkata, 1 April secara tradisinya dikenali dengan jenaka dan gurawan, yang sering bertujuan membina hubungan
00:19serta mengurangkan tekanan.
00:20Dalam satu kenyataan, beliau mengingatkan perbuatan sedemikian boleh memberi kesan negatif kepada orang lain atau mencetuskan panik dalam kalangan orang
00:30awam.
00:30Ini terutama apabila maklumat palsu dikongsi di media sosial dan tersebar luas.
00:36Kata Irene, di tengah-tengah konflik Asia Barat yang sedang berlaku dan kesannya terhadap bekalan tenaga, kerajaan menggesa orang awam
00:45untuk hanya berkongsi maklumat tepat dan bermanfaat.
00:48Tambahnya, kerajaan melalui polis diraja Thailand menggesa orang awam berhati-hati kerana mencipta atau menyebarkan maklumat palsu walaupun sebagai gurawan
00:58boleh menyebabkan kemudaratan atau keresahan awam dan merupakan satu kesalahan undang-undang.
01:05Irene turut menggesa orang awam untuk sahkan maklumat sebelum berkongsi bagi membantu mengekalkan keyakinan orang awam semasa tempoh ketidaktentuan yang
01:14bermuncak.
01:15Media Tempatan Thailand melaporkan Polisi Raja Thailand melancarkan program pemantauan 24 jam untuk mengenalpasti dan mengambil tindakan terhadap individu yang
01:25menyebarkan berita palsu yang menyebabkan keresahan sosial.
01:29Menurut pihak polis, pesalah boleh berdepan tindakan undang-undang di bawah Akta Jenayah Komputer dan Peruntukan Fitnah Jenayah.
Comments