Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Peguam Shahlan Jufri yang mewakili ibu Zara Qairina, ketika berkongsi keterangan saksi kanak-kanak tersebut berkata dia hanya tampil memberi keterangan dalam prosiding inkues kematian Zara Qairina kerana bimbang timbul salah faham dan takut dipersalahkan.
Transcript
00:00Ibu kepada seorang saksi kanak-kanak memberitahu Mahkamah Korona Kota Kinabalu pada Rabu,
00:05anak perempuannya hanya berkongsi cerita mengenai insiden menimpa pelajar tingkatan 1 Zara Khairina Mahathir
00:12selepas hampir 3 bulan kerana masih mengalami trauma.
00:16Wanita berusia 41 tahun itu mendedahkan anaknya yang merupakan saksi kanak-kanak ke-65
00:23dalam proseding inkwest kematian Zara Khairina
00:26memaklumkan lebih lanjut berhubung insiden itu kepadanya kira-kira September dan Oktober tahun lepas.
00:32Wanita itu kemudian memaklumkan hal itu kepada seorang tenaga pengajar di sekolah tersebut
00:37antara Januari dan Februari 2026 sebelum keterangannya diambil polis.
00:42Beliau berkata sewaktu bertemu anaknya pada 16 Julai 2025,
00:46anaknya memberitahu oleh Raham Zara Khairina jatuh dari bangunan asrama
00:50dan meminta untuk menoakan rakannya itu tetapi tidak menceritakan dengan lebih lanjut.
00:56Wanita itu yang merupakan saksi ke-66 dalam proseding inkwest kematian Zara Khairina berkata
01:01anaknya menceritakan pada malam sebelum kejadian,
01:04dia telah berjanji berjumpa rakannya di blok A Rabiatul Adawiyah
01:08selepas waktu persediaan pembelajaran tetapi tertidur.
01:12Saksi berkata anaknya menceritakan dia terjaga kira-kira satu pagi
01:16sebelum pergi ke blok asrama itu untuk berjumpa rakannya
01:19dan semasa dia mahu balik semula ke biliknya di blok B,
01:22dia ternampak kelibat seorang pelajar perempuan berlega-lega di aras 3 blok A.
01:27Anaknya kemudian naik ke aras 3 dan menepuk belakang pelajar perempuan tersebut,
01:32mendapati pelajar itu adalah Zara Khairina sebelum membawa remaja itu masuk ke bilik.
01:36Usai pertemuan, anaknya beredar untuk pulang tidur ke biliknya di blok B Sumayah.
01:40Beliau berkata anaknya telah menceritakan semuanya kepada anggota polis wanita.
01:45Sementara itu, peguam Shahlan Jufi yang mewakili ibu Zara Khairina
01:49ketika berkongsi keterangan saksi kanak-kanak tersebut berkata
01:52dia hanya tampil memberi keterangan dalam proseding inquest kematian Zara Khairina
01:56kerana bimbang, timbul salah faham dan takut dipersalahkan.
02:00Proseding disambung pada Khamis.
Comments

Recommended