Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
Kerajaan akan mempergiat usaha menjamin bekalan tenaga negara, yang dilihat agak kritikal, termasuk mengambil langkah mempelbagaikan sumber tenaga import minyak dan gas dari negara lain.
Transcript
00:00Kerajaan akan mempergiat usaha menjamin bekalan tenaga negara yang dilihat agak kritikal, termasuk mengambil langkah mempelbagaikan sumber tenaga impor minyak
00:10dan gas dari negara lain.
00:12Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia kini berada dalam kerudukan ekonomi yang lebih stabil dengan keupayaan mengekalkan harga
00:20RON95 pada RM1.99.
00:24Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, situasi itu sebenarnya mengejutkan pihak tertentu kerana negara-negara serantau menanggung kos dan harga
00:33minyak yang tinggi hingga memaksa mereka membuat catuan terhadap bekalan tenaga masing-masing.
00:39Biarpun keadaan agak melegakan untuk Malaysia, Anwar berkata, kerajaan sama sekali tidak akan merasa selesa dan alpa kerana sikap sedemikian
00:47dikuatiri akan mengundang masalah yang lebih berat.
00:49Malis tidak akan ekonomi, jatuhan jatuh kuasa berkenaan, Jumaat Menteri itu setiap hari ada perjumpaan dan kita memanggil wakil-wakil
01:01termasuk saya sendiri akan memanggil baik kontraktor kecil ataupun wakil nelayan, petani untuk mendengar keluhan mereka dan cuba menampung dan
01:14membantu sekarang yang kita mampu.
01:16Usaha lain yang dipergiatkan termasuk apa yang agak kritikal iaitu jaminan bekalan tenaga negara, pelbagaikan sumber import minyak dan gas
01:27dari negara lain yang ini yang telah kita umumkan dan sekali lagi kerana kejayaan syarikat minyak negara kita Petronas mengendali
01:38dengan baik.
01:39Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata kerajaan membelanjakan kira-kira RM4 bilion sebulan bagi menyerap impak kenaikan harga minyak, susulan
01:47krisis tenaga global yang semakin meruncing.
Comments

Recommended