00:00Polis sedang mengesan lelaki yang merakam bawah skit seorang wanita di sebuah premis membeli belah di Subangjaya, Selangor.
00:07Ketua Polis Daerah Subangjaya, ACP Wan Azlan Wan Mamat, dalam kenyataan berkata pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada 1.16
00:16minit petang ahad lepas dan siasatan dijalankan untuk mengenalpasti mangsa terlibat.
00:22Katanya siasatan awal mendapati video yang tular di Facebook dan Instagram memaparkan seorang lelaki memegang telefon bimbit disyaki merakam atau
00:31mengambil gambar di bawah skit pelanggan wanita.
00:34Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 509 Kanun Kesiksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan
00:43Multimedia 1998.
00:46Beliau menasihatkan orang ramai tidak menyebabkan atau berkongsi video atau rakaman yang boleh menjejaskan maruah mangsa serta mengganggu siasatan pihak
00:54polis.
00:55Mereka yang mempunyai maklumat kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat ESP Siti Sarah Johari menerusi talian tertera atau hadir di balai
01:03polis terdekat untuk membantu siasatan.
Comments