Skip to playerSkip to main content
Tindakan memandu laju dipercayai menjadi punca sebuah kontena tertanggal daripada treler hingga mengakibatkan kesesakan lalu lintas dalam kejadian di Jalan Kem, Pelabuhan Klang, Klang pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, insiden pada kira-kira jam 12 tengah hari itu bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang kemalangan jiwa dan kerosakan kenderaan kepada pengguna jalan raya lain.

Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/773171/berita/semasa/treler-dipandu-laju-akibatkan-kontena-tertanggal-di-pelabuhan-klang

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #treler #kontena #PelabuhanKlang
Transcript
00:03Tindakan memandu laju dipercayai menjadi punca sebuah kontena tertanggal daripada trailer hingga mengakibatkan kesesakan lalu lintas dalam kejadian di jalan
00:14kamp Pelabuhan Kelang-Kelang pada Jumaat.
00:16Ketua Polis Daerah Kelang Selatan, Asisten Komisional Lim Jid Hiwi berkata insiden pada kira-kira jam 12 tengah hari itu
00:25bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang kemalangan jiwa dan kerosakan kenderaan kepada pengguna jalan raya lain.
00:33Katanya siasatan awal mendapati trailer terbabit dipercayai dipandu pada kelajuan tinggi ketika melalui lokasi kejadian.
00:41Keadaan itu menyebabkan trailer bersama muatan kontena tertanggal sebelum terjatuh ke laluan bawah jalan tersebut.
00:49Kenderaan lain yang melalui laluan tersebut sempat memberhentikan kenderaan masing-masing dan berjaya mengelakkan pelanggaran.
00:57Pemeriksaan ke atas pemandu lelaki berusia 30 tahun juga mendapati dia negatif daripada sebarang pengaruh akohor atau dadah.
01:05Jid Hiwi berkata kes disiasat di bawah Seksyen 43 Kurungan 1 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
01:14Dalam pada itu Jid Hiwi turut memberikan amaran kepada pemandu kenderaan perniagaan untuk tidak memandu secara cuai hingga membahayakan pengguna
01:23jalan raya lain.
01:25Terdahulu video kejadian itu tular di media sosial yang memaparkan sebuah trailer terlibat dalam kemalangan sehingga mengakibatkan kesesakan.
01:36Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended