Skip to playerSkip to main content
Penghantar makanan pukul isteri hamil dipenjara empat bulan

Seorang penghantar makanan yang videonya tular kerana membelasah dan melanggar kepala isterinya sedang hamil dengan motosikal dalam kejadian dua minggu lalu dipenjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.

Tertuduh, Muhammad Aidil Azahar Rahmat, 22, mengaku bersalah atas pertuduhan itu sejurus kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Afiqah Radhiah Zainurin.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/772979/berita/semasa/penghantar-makanan-belasah-langgar-kepala-isteri-hamil-dengan-motosikal-dipenjara-empat-bulan

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #AyerKeroh #Pukul #IsteriHamil #Penjara
Transcript
00:00Seorang penghantar makanan yang videonya tular kerana membelasah dan melanggar kepala isterinya yang sedang hamil dengan motosikal dalam kejadian dua
00:09minggu lalu dipenjara empat bulan oleh Mahkamah Magistrat Ayakroh pada Khamis.
00:16Tertuduh Muhammad Aidil Azhar Rahmat, 22 tahun, mengaku bersalah atas pertuduhan itu sejurus kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Magistrat Nur
00:25Afiqah Radiyah Zainurin.
00:27Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didapati dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap isterinya yang berusia 20 tahun dengan cara menumbuk belakang kepala
00:37mangsa.
00:38Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didapati menyebabkan kecederaan terhadap mangsa dengan cara menampar muka, memukul kepala dan menolak isterinya sehingga jatuh.
00:48Perbuatan itu dilakukan pada 15 Mac lalu ketika berada di dalam dan di kaki lima sebuah premis pusat karaoke di
00:56Kompleks Perniagaan Kota Syah Bandar Melaka Tengah.
00:59Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 323 dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Kesiksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 2
01:09tahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya.
01:14Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman rendah dengan alasan telah menginsafi perbuatannya dan ibunya kini mengalami strok.
01:21Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Zaidah Muhammad Zailani memohon hukuman setimpal dengan mengambil kira mangsa merupakan isteri tertuduh yang sepatutnya
01:32dilindungi.
01:33Mahkamah kemudian menetapkan hukuman penjara 4 bulan bagi setiap pertuduhan bermula dari tarikh tangkapan pada 19 Mac lalu dan berjalan
01:42serentak.
01:42Mengikut fakta kes, ibu mangsa tampil membuat laporan polis selepas gagal menghubungi anak perempuannya yang keluar rumah bersama bayi lelakinya
01:51berusia setahun 2 bulan.
01:53Ibu mangsa kemudian memeriksa rakaman kamera litar tertutup CCTV, premis pusat karaoke berkenaan yang memaparkan tindakan suspek memukul, menampar, menarik
02:03rambut serta melanggar kepala mangsa yang sedang terbaring dengan motosikal.
02:08Suspek kemudian berjaya ditahan 4 hari selepas kejadian.
02:13Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended