00:00Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dilaporkan berminat untuk meminta negara-negara Arab menanggung kos perang melibatkan Iran.
00:08Menurut setiausaha Akbar White House, Carolyn Levin, idea itu pernah dibangkitkan oleh Trump namun beliau enggan mengulas lanjut mengenai butiran
00:17cadangan tersebut buat masa ini.
00:48Dalam masa sama, beliau maklumkan rundingan antara Washington dan Teheran masih diteruskan dan menunjukkan perkembangan positif.
00:56Menurutnya, kenyataan awam Iran berbeza dengan apa yang disampaikan secara tertutup kepada pegawai Amerika Syarikat termasuk persetujuan terhadap beberapa perkara
01:05yang dikemukakan Washington.
01:07Bagaimanapun, Levin menegaskan bahawa sebarang janji yang dibuat Iran secara tertutup akan diuji dan Amerika Syarikat akan pastikan Teheran bertanggungjawab
01:16terhadap komitmennya.
01:17Trump sebelum ini memberi amaran bahawa kemudahan tenaga dan telaga minyak Iran akan dimusnahkan sepenuhnya sekiranya Teheran tidak membuka laluan
01:26di Selak Hormuz.
01:28Amaran itu dibuat selepas Iran menyifatkan cadangan damai Amerika Syarikat sebagai tidak realistik dan melancarkan beberapa gelombang serangan peluru berpandu
01:36ke atas Israel.
01:37Terima kasih telah menonton!
Comments