Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Parlimen Israel, Knesset, meluluskan satu undang-undang baharu yang menetapkan hukuman mati sebagai hukuman lalai terhadap rakyat Palestin yang disabitkan kesalahan melakukan serangan maut di mahkamah tentera.
Transcript
00:00Parlimen Israel Nassad meluluskan satu undang-undang baru yang menetapkan hukuman mati sebagai hukuman tetap terhadap rakyat Palestine yang disabitkan
00:10kesalahan melakukan serangan maut di Mahkamah Tentera.
00:13Undang-undang itu memenuhi janji sekutu sayap kanan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, namun mencetuskan kecaman meluas daripada masyarakat antarabangsa.
00:24Peruntukan undang-undang tersebut menetapkan hukuman gantung dalam tempoh 90 hari selepas sabitan dengan ruang penangguhan terhad tanpa hak pengampunan,
00:34namun masih memberi pilihan hukuman penjara seumur hidup sebagai alternatif.
00:39Israel sebelum ini telah memansuhkan hukuman mati bagi kes pembuduhan pada tahun 1954.
00:46Satu-satunya individu yang pernah dihukum mati selepas perbicaraan sivil ialah Adolf Eichmann pada tahun 1962 yang terlibat dalam holokost
00:55Nazi.
00:56Mahkamah Tentera di tebing barat sebenarnya mempunyai kuasa menjatuhkan hukuman mati ke atas pesalah Palestine, namun setakat ini belum pernah
01:03dilaksanakan.
01:04Undang-undang itu dipelopori Menteri Keselamatan Negara Israel, Itamar Ben-Gvir, yang terkenal dengan pendirian keras terhadap rakyat Palestine.
01:13Beliau menyifatkan kelurusan itu sebagai hari keadilan dan memberi amaran bahawa sesiapa memilih keganasan, memilih kematian.
01:22Presiden Palestine, Mahmud Abbas mengecam undang-undang berkenaan sebagai pelanggaran undang-undang antarabangsa dan usaha terdesak untuk menakut-nakutkan rakyat
01:30Palestine.
01:31Dalam satu kenyataan, Pejabat Abbas menegaskan, langkah itu tidak akan mematahkan semangat rakyat Palestine untuk terus memperjuangkan kebebasan, kemerdekaan dan
01:40penubuhan negara Palestine merdeka dengan Baitul Mahdi Setimur sebagai ibu negara.
01:46Sementara itu, kumpulan pejuang Palestine termasuk Hamas dan Islamik Jihad menggesel serangan balas sebagai tindak balas terhadap undang-undang tersebut.
01:55Undang-undang berkenaan diluluskan dengan sokongan 62 daripada 120 ahli Knesset.
02:00Langkah tersebut turut mengundang kebimbangan sekutu barat Israel.
Comments

Recommended