Skip to playerSkip to main content
Selepas empat tahun kematian Baby Syifaa, Mahkamah Sesyen Seremban pada Isnin menjatuhkan hukuman penjara setahun dan denda RM15,000 kepada pengasuh bayi terbabit, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

Hakim, N Kanageswari menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Khairunnisa Ahmad Damamhuri, 41, yang berdepan pertuduhan melakukan pengabaian sehingga menyebabkan kematian bayi berusia 15 bulan itu di sebuah pusat asuhan di Bandar Sri Sendayan, Seremban.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/773421/berita/semasa/kematian-baby-syifaa-pengasuh-dihukum-penjara-setahun-denda-rm15000

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #pengasuhdihukumpenjara #BabySyifaa
Transcript
00:00Selepas empat tahun kematian baby Shifa, Mahkamah Session Seremban pada Isnin menjatuhkan hukuman penjara setahun dan denda RM15,000 kepada
00:09pengasuh bayi terbabit.
00:11Hakim Nanda Kanageswari menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Khairun Nisa Ahmad Damamhuri, 41 tahun, yang berdepan pertuduhan melakukan pengabayan sehingga menyebabkan
00:24kematian bayi berusia 15 bulan itu di sebuah pusat asuhan di Bandar Sri Sendayan, Seremban.
00:31Dalam proseding keputusan kes itu, beliau mengarahkan hukuman tersebut bermula pada Isnin dan tambahan penjara 4 bulan sekiranya tertuduh tidak
00:41membayar denda.
00:42Selain itu, tertuduh turut diarah melaksanakan khidmat masyarakat selama 48 jam dalam tempoh 6 bulan sebaik saja selesai menjalani hukuman
00:53penjara serta bon berkelakuan baik selama setahun sebanyak RM5,000 tanpa cagaran dengan seorang penjamin dalam kalangan ahli keluarga.
01:03Mengikut pertuduhan, Khairun Nisa sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap kanak-kanak perempuan Nur Rania Ashisa Yuseri berusia 15 bulan
01:13telah mengabaikan mangsa dengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal.
01:20Kesalahan terbabit didakwa dilakukan kira-kira jam 12.30 tengah hari di Bandar Sri Sendayan pada 22 Februari 2022.
01:30Sehubungan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31-1-A Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum mengikut Seksyen yang sama.
01:42Media pada 31 Julai 2024 melaporkan Mahkamah Korona Seremban memutuskan punca kematian baby Shifa yang ditemui tidak sedarkan diri dalam
01:53buayan di pusat asuhannya disebabkan tekanan pada leher.
01:57Korona Datin Surita Budin ketika membacakan keputusan itu berkata, kematian Nur Rania Ashifa Yuseri bukanlah satu kemalangan atau kecelakaan tetapi
02:08disebabkan tergantung di dalam buayan yang ditinggalkan oleh pengasuh.
02:13Terima kasih telah menonton!
02:19Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended