Skip to playerSkip to main content
  • 14 hours ago
Pengeluaran gas asli cecair (LNG) di Australia terus terganggu manakala ribuan penduduk masih terputus bekalan elektrik di kawasan barat laut negara itu, lebih seminggu selepas sistem ribut Narelle melanda.
Transcript
00:00Selepas ini, pengeluaran gas asli cercai LNG di Australia terus terganggu manakala ribuan penduduk masih terbutus bekalan elektrik di kawasan
00:09barat laut negara itu lebih seminggu selepas sistem ribut Narell melanda.
00:13Kesan Narell yang diturunkan status daripada Siklon Tropica pada Sabtu turut menjejaskan operasi logi LNG yang dikendalikan oleh Chevron dan
00:22Woodsea Energy sekaligus memburukkan lagi kekangan bekalan global susulan konflik Iran yang kini memasuki bulan kedua.
00:31Australia sebelum ini muncul sebagai pengesport LNG kedua terbesar dunia selepas Qatar menghentikan pengeluaran berikutan kerusakan akibat serangan Iran.
00:40Menurut Woodside, tiada perkembangan baru setakat ahad, dengan ribut itu masih mengganggu pengeluaran di logi gas karata, fasiliti pemprosesan darat
00:48bagi projek North West Shelf.
00:50Bagaimanapun, operasi di fasiliti Mesdon dan Pluto tidak terjejas.
00:54Sementara itu, Chevron maklumkan bahawa pihaknya sedang berusaha memulihkan pengeluaran di fasiliti Gorgon dan Whitstone selepas gangguan akibat Narelli namun
01:03belum memberikan kemas kini lanjut pada ahad.
01:06Gorgon merupakan fasiliti eksport LNG terbesar Australia dengan kapasiti pengeluaran 15.6 juta tan metrik setahun manakala Whitstone mampu menghasilkan
01:158.9 juta tan setahun.
01:17Dalam perkembangan berkaitan, bekala elektrik masih terputus di Exmouth, sebuah bandar kecil kira-kira 1,100 km ke utara ibu
01:24negeri Perth.
01:25Narelli mula melanda sebagai siklon tropikal kuat di negeri Queensland pada 20 Mac sebelum merentasi kawasan utara dan seterusnya membadai
01:32Australia Barat.
01:35Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended