00:00Sering mendengar tangisan kanak-kanak seperti dipukul.
00:04Ketua Polis Daerah Taiping Assistant Commissioner Abdul Malik Ismail berkata
00:07ia antara keterangan daripada jiran berhubung kes seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun
00:12yang maut dengan kesan kecederaan mencurigakan pada badannya disyaki menjadi mangsa penderaan.
00:20Abdul Malik berkata pihak polis telah pun melawat rumah didiami kanak-kanak berkenaan
00:25di Taman Sungai Mas, Taiping dan pihak forensik juga telah membuat pemeriksaan
00:30selain mengambil keterangan beberapa jiran.
00:33Menurut Abdul Malik, mangsa merupakan anak sulung daripada lima beradik.
00:37Abdul Malik berkata polis menerima laporan berhubung kematian mangsa
00:41daripada pegawai perubatan hospital Taiping Kamis lepas.
00:46Keputusan berdas siasat mengesahkan punca kematian adalah akibat kecederaan
00:50pada bahagian kepala dan leher disebabkan hentakkan objek tumpul.
00:55Susulan itu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Kesiksaan
01:01kerana kesalahan membunuh dan empat individu iaitu ibu kandung, bapa tiri serta datuk dan nenek mangsa
01:07berusia antara 27 hingga 53 tahun ditahan bagi membantu siasatan.
01:14Kesemua mereka direman selama tujuh hari bermula 27 Mac bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.
Comments