Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un meninjau ujian enjin roket bahan api pepejal dan demonstrasi kereta kebal baharu ketika Pyongyang terus mempergiat pembangunan keupayaan ketenteraan strategiknya.
Transcript
00:00Pemimpin Korea Utara Kim Jong-un meninjau ujian enjin roket bahan api pepejal dan demonstrasi kereta kebal baru sebagai sebahagian
00:09daripada usaha memperkukuhkan keupayaan ketenteraan negara itu.
00:13Langkah tersebut menunjukkan usaha Pyongyang memodernkan angkatan tenteranya meskipun berdepan dengan sekatan antarabangsa.
00:19Televisi negara Korea Utara menyiarkan rakaman ujian enjin roket berasaskan bahan api pepejal yang dihasilkan menggunakan bahan gentian karbon.
00:30Laporan menyebut enjin itu mempunyai tujahan maksimum 2,500 kN dan merupakan sebahagian daripada pelan pembangunan pertahanan 5 tahun bagi
00:40meningkatkan keupayaan serangan strategik.
00:43Rakaman turut menunjukkan demonstrasi kereta kebal utama baharu yang dilengkapi sistem perlindungan aktif yang mampu memintas senjata anti kereta kebal.
00:53Menurut Jong-un, kereta kebal itu tiada tandingan di dunia.
00:57Sementara itu, beliau turut meninjau pakalan latihan pasukan operasi khas dan menekankan keperluan latihan intensif bagi menghadapi peperangan modern.
01:06Sejak kebelakangan ini, Korea Utara terus meningkatkan demonstrasi senjata dan aktiviti ketenteraan sebagai usaha memperkukuh keupayaan pertahanan negara.
Comments

Recommended